Ummimall Bengkung Moden Set Bersalin Kaktie2u Produk-wanita Promosi Iklan
Hadapan arrow Artikel arrow Kanser Payudara
Kanser Payudara PDF Cetak E-mel
Punca, faktor risiko, tanda, pencegahan dan pemakanan untuk kanser payudara.

{mosimage}Kanser payudaya berpunca dari sel-sel payudara yang telah berganda tanpa dapat dikawal. Sel - sel ini dinamakan sel-sel kanser dan boleh merebak ke sel-sel lain melalui peredaran darah atau limfa.

Punca Barah Payudara

Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling). 

Mereka yang Berisiko

  • Umur yang makin meningkat (terutamanya selepas 40 tahun)
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap penyakit kanser payudara (ibu, kakak, adik)
  • Tidak pernah melahirkan anak
  • Telah menghidap kanser pada sebelah payudaya
  • Mengamalkan diet tinggi lemak haiwan

Tanda-tanda Kanser Payudaya

  • Ketulan yang luar biasa pada payudara atau ketiak
  • Terdapat perubahan pada kulit payudara
  • Terdapat cecair luar biasa yang keluar dari puting payudara
  • Sebarang perubahan pada puting payudara, seperti kedudukan puting masuk ke dalam, kemerahan atau luka.
  • Kesakitan berterusan yang luar biasa pada payudara.

Langkah Pencegahan

  • Pemakanan yang sihat iaitu kurangkan lemak, lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat dalam makanan
  • Elakkan makan, makanan yang yang tercemar dengan bahan kimia seperti racun perosak
  • Kekalkan berat badan yang ideal walaupun selepas usia eramas (menopaus)
  • Lakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan
  • Lakukan pemeriksaan di klinik anggota perubatan yang terlatih setiap tahun, sekiranya anda melebihi 30 tahun
  • Dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya terdapat sebarang perubahan luar biasa pada payudara anda

Pemakanan dan Kanser Payudara

  • Lemak tepu
    • Bagi seorang individu yang sihat, disyorkan 30-35% jumlah kalori daripada lemak.
    • Bagi mereka yang mempunyai risiko kanser payudara, adalah dinasihatkan supaya menurunkan jumlah lemak ketahap 15-20%. 
    • 5%lemak dibolehkan daripada sumber haiwan seperti mentega, susu, tairu, daging dan lain-lain.
    • 10% lagi daripada sumber sayuran seperti minyak sayuran, avocado, minyak zaitun dan lain-lain.
    • Pengambilan lemak kurang daripada 15%  adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan kekurangan asid lemak yang penting dalam badan kita.
  • Serabut makanan
    • berfungsi memelihara kesihatan usus besar, melarutkan bahan karsinogen dan menolong membantu dalam pengaliran hormon steroid termasuk oestrogen.
    • Kita saharusnya memakan sebanyak 25-35 gram serabut makanan sehari daripada 3-5 hidangan sayur-sayuran  dan buah-buahan.
    • Satu hidangan merupakan ½ cawan sayuran yang telah dimasak atau 1 cawan sayuran mentah, sehiris betik, nenas, tembikai, sebiji epal, sebiji limau dan lain-lain.
      Bijiran, cereal, roti `whole meal’, pastry, kekacang dan bijiran merupakan sumber serabut yang baik.
  • Pemakanan daripada sumber tumbuhan
    • mempunyai faktor perlindungan botanik atau phytonutrient.
    • Antioxidant, anti-karsinogen dan`bioflavonoids’ adalah termasuk dalam kumpulan phytonutrient.
    • `Phytonutrient” terdapat pada bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • `Probiotics” dan makanan yang diperam
    • menghasilkan pertumbuhan bakteria tidak merbahaya yang memberi perlindungan daripada bakteria yang menghasilkan toksin. 
    • Tairu, tempeh, minuman kultur dan beberapa jenis susu kaya dengan faktor-faktor ini. 

Oktober adalah bulan Kesedaran Barah Payudara, 'Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa'

Sumber:

 

Comments
Search
Only registered users can write comments!

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
Produk-wanita Promosi Iklan

Perhatian! Maklumat dalam ratuhati.com ini hanya boleh dijadikan panduan secara umum sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kerana penggunaannya. Sebarang masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda.

Semua artikel adalah HAKMILIK Ratuhati.com melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda dialu-alukan memetik isi kandungan Ratuhati.com, tetapi tolong sertakan kredit atau LINK balik ke Ratuhati.com.

Free Joomla Templates