Ummimall Bengkung Moden Set Bersalin Kaktie2u Produk-wanita Promosi Iklan
Hadapan arrow Artikel arrow Memotong Kentang Sebelum Dimasak Boleh Mengurangkan Khasiatnya Sehingga 75%
Memotong Kentang Sebelum Dimasak Boleh Mengurangkan Khasiatnya Sehingga 75% PDF Cetak E-mel
Kentang yang dipotong lebih cepat masak, tetapi kekurangan 75% daripada kandungan mineral asalnya -- menurut kajian yang dijalankan di ARS Vegetable Crops Research Unit di Madison, Wisconsin.

Ini berita baik untuk anda yang mahu mengurangkan pengambilan kalium (misalnya pesakit buah pinggang). Sebaliknya, jika anda mahukan semua khasiat yang telah anda beli, sebaiknya rebuslah kentang secara keseluruhan tanpa dipotong atau dikupas.

Fakta tambahan:

  • Kebanyakan mineral (terutamanya kalium dan fosforus) dan vitamin terdapat di bahagian kulit kentang. Lebih baik rebus dahulu, kupas kemudian.
  • Hindarkan memberi makan kentang yang telah bertunas (warnanya kehijauan apabila dikupas) kepada bayi atau anak kecil. Kandungan sianida agak tinggi (walaupun tidak setinggi ubi gadung) pada bahagian yang mula bertunas.
  • Merebus lebih baik dari membakar atau memanggang (bagi makanan kanak-kanak). Merebus dapat menyahtoksikkan bahan-bahan yang tidak dapat dicerna oleh perut anak kita.

Cara Mudah Mengupas Kentang

  1. Basuh kentang hingga bersih
  2. Toreh sekeliling sisi kulit kentang (seperti garisan khatulistiwa pada bumi... :))
  3. Rebus kentang sehingga masak
  4. Angkat kentang panas-panas (hati-hati) dan celupkan ke dalam air dingin berais sekitar 10 saat\Picit sedikit bahagian sisi kulit kentang (tengahnya sudah ditoreh sebelum memasak). Kulit kentang akan tertanggal dengan mudah.  http://www.youtube.com/watch?v=AP5Fo8s_obk

{youtube}anZBo2FmaL8{/youtube}

Penulis: babahiman, Rujukan: Cubing Potatoes Before Boiling Can Reduce Mineral Content By 75%, Science Daily (2 Julai, '08)

Comments
Search
Only registered users can write comments!

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
Produk-wanita Promosi Iklan

Perhatian! Maklumat dalam ratuhati.com ini hanya boleh dijadikan panduan secara umum sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kerana penggunaannya. Sebarang masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda.

Semua artikel adalah HAKMILIK Ratuhati.com melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda dialu-alukan memetik isi kandungan Ratuhati.com, tetapi tolong sertakan kredit atau LINK balik ke Ratuhati.com.

Free Joomla Templates