Ummimall Bengkung Moden Set Bersalin Kaktie2u Produk-wanita Promosi Iklan
Hadapan arrow Artikel arrow Rahsia Manjakani (Syhh... untuk Wanita Sahaja)
Rahsia Manjakani (Syhh... untuk Wanita Sahaja) PDF Cetak E-mel

{mosimage}KENANGAN BERTUGAS di sebuah majalah wanita dengan rakan kerja semuanya wanita, memang menyeronokkan. Macam-macam cerita yang kami kongsi bersama. Kalau sudah semua warganya perempuan, percayalah, ada ketika kami berkongsi cerita yang di luar jangkaan orang lain. Malah kalau ada tips kecantikan, rahsia hubungan intim, kalau yang munasabah, kami jugalah yang cuba praktikkan dahulu sebelum dikongsi dengan pembaca.

Di kalangan kami, ada teman yang mempunyai emak yang cukup awet muda. Malah awet muda emak si Nozi ini memang luar biasa. Ibunya biarpun menjangkau 56 tahun ketika itu, tetap langsing, bergetah dan memiliki susuk yang masih mantap.

Itu luarannya! Malah yang lebih mengagumkan kami apabila mendengar cerita setiap kali ibu Nozi membuat rawatan pap smear, mak cik yang sudah putus haid ini dipuji melambung oleh doktor. Khabarnya doktor pakar sakit puan begitu kagum dan takjub melihat kehebatan mak cik ini menjaga bahagian dalamnya. Rahim dan peranakannya dikatakan kemas, tidak kembang dan cantik terletak.

Wah kami yang perempuan dan semuanya bergelar ibu, sukar juga membayangkan... kemas, tidak kembang (ini kami fahamlah... ), yang mahal bila doktor menyebut cantik terletak! Apa lagi setiap kali ada peluang bertandang ke rumahnya (kebetulan dia hebat memasak dan kami pun sentiasa banyak alasan teringin makan itu dan ini), akan mengendeng bertanya rahsia dia menjaga diri luar dan dalam.

Setiap kali ibu Nozi membuat rawatan pap smear, mak cik yang sudah putus haid ini dipuji melambung oleh doktor. Khabarnya doktor pakar sakit puan begitu kagum dan takjub melihat kehebatan mak cik ini menjaga bahagian dalamnya. Rahim dan peranakannya dikatakan kemas, tidak kembang dan cantik terletak.

Jawapan mak cik ini cukup mudah. Dia mengamalkan memakan manjakani. Katanya manjakani memang menjadi ulaman dirinya setiap minggu. Bagus untuk memastikan peranakan rapat, tidak kembang atau mengalami keputihan yang berlebihan. Sebenarnya panjang berjela cerita mak cik ni. Tapi yg lawaknya kisah manjakani yg mencetuskan sesuatu yg tak diduga.

Tidak lama selepas ziarah sambil belajar itu, ada pula rakan kami yang kebetulan baru bersalin mencubanya. Hasilnya? Pada satu ziarah kami dengan mak cik ini, kawan saya itu bercerita, betapa sejak dia mengamalkan memakan manjakani, peranakannya berasa ketat semacam!

Tercengang kami mendengarnya! Hebat, tak sangka begitu sekali. Namun kawan saya ini mengeluh kerana rasa tidak selesa apabila dia kekeringan!
“Kau makan macam mana?” Tanya si mak cik.
“Oh, saya makan sehari sepaket. Beli kedai mamak manjakani tu lima paket tahan tiga hari kadang-kadang. Saya tumbuk leper buah manjakani. Kemudian masuk dalam periuk nasi biar lembut. Lepas tu saya telan manjakani yang dikepal bersama nasi. Murah aje manjakani tu... dalam 30 sen. Tu yang saya beli banyak!” Kawan saya yang sedang menyudu laksa lancar bercerita

“Masya-Allah!!! Kau hilang akal apa? Aku makan sikit-sikit! Itupun aku asah manjakani tu pada pasu, aku ambil serbuknya. Bukan telan sehari sepaket! Memanglah kering dan rapat habis! Silap-silap bercantum terus nanti kat situ!” Suara mak Nozi melangsing, kami sendiri terlopong dan kemudian ketawa terbahak-bahak! Kawan saya tadi hampir tersembur laksa yang dimakannya.

Kami yang mendengar penangan herba-herba dan rempah-ratus yang selama ini dicampakkan saja dalam belanga, terlopong! Tak sangka byk sungguh khasiat rempah ratus ni dalam kesihatan seharian. Kalau mahu dihimpunkan memang cukup panjang senarai herba serta rempah-ratus kita yang berkhasiat tinggi. Malah banyak di antaranya sudah diperakui oleh pengkaji dan juga bukti dari makmal sains.

Manjakani misalnya telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu. Malahan ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 SM oleh orang-orang Mesir Purba. Malah kajian menunjukkan Manjakani Mekah atau Manjakani Allepo yang berasal dari daerah Allepo di Syria adalah antara spesis yang terbaik. Ia terbentuk apabila daun-daun pokok yang dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihinggapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynips tinctorial atau cynips gallaetinctoria. Keberkesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.

Rahsia Manjakani

  • Awet Muda – Antioksida melambatkan proses penuaan sel.
  • Pencegahan Kencing Manis – Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.
  • Pencegahan barah payudara dan rahim – Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini – Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.
  • Memulih otot dalaman faraj – Tannin pada manjakani khabarnya mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar atau kendur.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj – Astringen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.
  • Mengecutkan tisu-tisu – Astringen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit – Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.


Hem, jadi macam mana? Cuba-cuba ingat semula apa agaknya makanan kesukaan anda? Dan, cuba jengah-jengah resipi makanan itu, mana tahu kalau-kalau selama ini anda anda sukar mengawal adrenalin anda… atau mood swing turun naik macam rollercoster? Entah-entah dalam hidangan anda ada yang terlebih atau ada yang terkurang herba atau rempah ratusnya! Apa-apapun bertanyalah pada yang berpengalaman. Jangan jadi macam teman saya yang satu itu. Terlebih telan manjakani sehingga dia berasa yang satu itu bagai tertutup katup!

{mosimage}Penulis: Lily Haslina Nasir  (artikel yang asalnya bertajuk Rahsia Herba dan Rempah-Ratus)

Comments
Search
Only registered users can write comments!
nezha   |2008-11-05 13:44:09
avatar saya penah makan jamu manjakani ni sebab keputihan yg banyak. Alhamdulillah sekarang dah jarang ada keputihan. Tapi saya dah stop lepas keputihan tu hilang . Lepas ni nk sambung balik la.. :cheer:
sheliza  - nk tanye   |2008-11-05 15:12:45
avatar askum smua..sy nk tnya ni..sy br je kawen 3 bln..blh x sy amik manjakani?tp sy kurang fhm la cr mkn dia..tlg la share pengalaman sket..
rose  - ye ker?   |2008-11-05 16:04:31
avatar emm mmg betul majakani ni hebat tapi takpernah tanya pun mak sblm ni.cuma pernah nampak mak beli byk2 majakani tapi tak tahu tujuan apa(sbb mase tu zaman sek men bukan ambik hal sgt)emm so skrg ni baru nak ambik kisahlah...heheheh.n anti blk kg nak tanya lah mak....rase mcm nak jer cuba.heheh
nezha   |2008-11-06 11:42:21
avatar saya beli yg dlm botol je.. kat kedai2 yg jual jamu2 tu bnyk.. cara makn tngk pd arahan pd botol tu.. tp cari botol yg ada kelulusan KKM la..
Nazatul Elisa  - tumpang tanya gak   |2009-01-07 15:00:58
ana baru kawen gak tapi arini genap dah 7 bulan la kiranya.. anyway... ana nak tanya macammana nak buh gambar kat sini ni... dekat profile tu click kat no image macam tak le je
intancayang85  - manjakani vs kacip fatimah   |2008-11-06 14:13:28
avatar haritu intan baru nak try2 mkn manjakani.. :whistle: pergilah kedai yang jual jamu.. kakak indon tu cakap manjakani ni ada macam2 jenis..dia pun keluarkan semua yang ada kaitan dgn manjakani.. :silly:
last2 ambil kapsul kacip fatimah orang kampung.. sbb dah tak tahu nak beli yang mana..
kepada kakak2 yang berpengalaman kat sini..nak minta tolong la..kacip fatimah tu sama ke dgn manjakani?? dan...kesan dari mkn kapsul tu berapa lama..
ummi   |2008-11-06 15:12:59
avatar kacip fatimah dgn manjakani lain... tapi dua2 ni org panggil herba wanita...

manjakani boleh dibeli kat kedai2 runcit atau giant ke... bentuk dia macam gambar atas tu la.. saiz duit 10 sen...

macam makcik nozi ajar tu, asahkan sikit dan ambil serbuknya makan... dia pahit yang amat.. boleh kepalkan dengan apa2 makanan dan terus telan...
izwa   |2008-11-06 16:18:20
avatar kak ummi...
kat gaint kat belah mane nak cari?brg dapur ke?dekat rempah ratus ke?
isya   |2008-11-07 13:50:21
Kak Ummi, senang ke nak dapat manjakani ni? Kat kedai runcit ada ke jual? Kedai india ke?
intancayang85   |2008-11-06 16:27:12
avatar aah..ye jugak tu izwa..
kak ummi kat bahagian mana ye? manjakani ni jual kilo ke atau dah bungkus2?
ummi   |2008-11-07 08:24:04
avatar biasa jual pek-pek kecik 6-7 biji sebungkus... bahagian rempah ratus...
saya amalkan masa dalam pantang je.. skrg tak amalkan...
tunteja   |2008-11-06 16:28:23
avatar masa teja lps bersalin aritu, kt jahitan tu rasa sakit, so mak asah manjakani kt pasu, letak air skit pastu sapu kt jahitan. dia rasa berangin & pedih2 manja skit la, tp lps tu lega yg amat. mmg cpt luka tu sembuh. cuma sapa yg manja2 xyah la wat hehehe
shira  - nak try   |2008-11-07 10:27:03
avatar shira pun lepas kawin ni banyak pulak keputihan, memang macam tu orang kawin? dulu masa bujang biasa2 je, tak lah banyak sangat..nak try ar manjakani ni, macam menarik jer..hehehe
siscute  - bleh ker idak??   |2008-11-07 11:03:29
avatar nk tyer ler...klu nk preggy, bleh x mkn manjakani nie??hihihihi...tkt kang slh mkn, lain plak jd nyer...pas2 skrg sy amalkan folic acid + EPO + bidadari...xder effect ker klu nk mkn manjakani nie lg???
tlg jwb pd yg tau...tq..
aziah   |2008-11-07 11:56:43
kita pakai pencuci wanita sireh emas utk ilangkan keputihan... bagus
ummi   |2008-11-07 12:38:46
avatar masa mengandung jangan ambik produk herba, termasuklah teh herba, jamu... supplemen pun tanya dr dulu sebelum ambik...
Ellyanna   |2008-11-07 13:31:52
avatar Tul tu..kalau preggy jgn amik semua2 jamu or herb ni...Ms anak dr dulu, Elly amik jamu pil binari...a month before nak kawin terus stop sbb mmg harap dpt baby a.s.a.p...

Dr segi campur2 mkn ubat ni...sebenarnya mungkin ada effect...xde tauliah la advice, tapi kalau Elly, ambil satu rumusan je. (Mean kalau amik jenis2 vit, amik vit je/ Kalau amik jamu2+ herb, makan lah yg sejenis ngannye jugak...)

Sbb ape, even mende tu bagus, tapi too much pun boleh bawa bahaya..cth nye, acid folic mmg baik, tapi kalau intake per day too much, leh cause baby sumbing tau..(sumbing bukan masalah keturunan)

Plakon Azean Irdawaty, skang sakit kan..dulu Elly pnah baca die amik 40 types of pills...jamu pun amik...wallahualam kalau itu lah side effect yg die terima...
intancayang85   |2008-11-07 15:53:02
avatar takut jugak jugak dgr ellyana ckp mcm tu..

klu mkn manjakani hari2 ada effect tak?
Ellyanna   |2008-11-07 16:49:01
avatar Logically, dalam jamu2 rutin yg dijual kat kedai tu pun mungkin ada kandungan manjakani di dalamnya...(campuran proses die kite xtau mcm ne and ape die tmbh)..intake mmg daily..jadiii intan..

Kalau kite amik purely manjakani everyday cam Mak Nozi tu, most probably lebih baik...sbb ia pure..anggap cam ulam...xde masalah asenye...

Tapi masa amik jamu dulu mmg badan ase sedap je...bile dah benti sbb plan preg..sampai la nih...asek sakit badan (efek preggy..huhu)...xsab ar nak sambung makan jamu lagi....
Yati   |2008-11-07 17:18:45
avatar Saya masa dalam pantang dulu 1 minggu mak rebuskan air manjakani .. minum air dia... ya allah pahit melekat... mual rasa tekak... tiap kali lepas minum mesti pening nak muntah...

Tapi memang berkesan untuk mengeringkan luka bekas jahit & tentunya bagi ketatkan yg kendur... hihihi... memang mustajab.. Suami pun perasan..

Tapi ada mak cik pesan jgn makan hari2 nanti susah nak dapat anak lagi.. tak tau la betul ke idaknya.. Ada sapa2 boleh confirmkan.
moon  - salam perkenalan..   |2008-11-13 13:56:46
hai..saya baru jer join nak tanya kalau manjakani tu rendam dalam air buat air basuh "situ" boleh tak...untk hilangkan gatal2..pastu kalau untuk gatal2 kulit tempat lain boleh juga ker?
rose  - .....   |2008-11-13 16:40:00
avatar emm moon, emm rose pernah dgr nenek pesan soh rebus daun sirih kalau nak cuci kat 'situ'...emm nenek tak ckp plak pasal manjakani boleh cuci 'tut'emm kalau manjakani rebus 2-3 biji dlm 1 1/2 air n bila suam2 minum 1 kali 1 hri...elok untuk wanita.....tapi emm rose pernah gak guna satu pencuci ni lupa nama apa....tapi beli kat langkawi....campuran nyer gamat,sirih,asam keping emm elok jgk.tapi susah nak dapat....
linajla  - bagus memangtu....   |2008-11-14 08:53:02
avatar saye memang amalkan sejak bersalin anak saya yang pertama. itulah jamu minum saye dalam pantang..rebus biji manjakani dengan daun sirih...amalkan sampai 40 hari..tapi tahan sikitlah bau daun sirihtu..selaintu saye asah juga guna pasu utk diletakkan dlm pad mase jahitan belum baik..alhamdullilah. .mmg berkesan...cume bile bersalin ke dueni..malas skit nak asah...cume minum air rebusan dieje...ok gaklah...
izwa   |2008-11-18 11:27:25
avatar kalo keputihan teruk mkn manjakani ke kacip fatimah?
ada yg ckp kacip fatimah ada ckp manjakani..confuse la...
xde effek kat anak sb menyusukan dia kalo mkn manjakani/kacip fatimah?
izwa   |2008-11-18 12:12:09
avatar any one yg bleh tolong bgtau pendapat?
please...
sara_s  - mmg manjakani elok   |2008-11-19 13:21:49
avatar ye mmg x di nafikan..kalo kita rajin mengamalkan herba2 ni..insyaallah akan elok la badan kita..saya mmg amalkan manjakani..saya dah berumur 34 tahun..tapi slhamdullillah setakat ni..bkn nak bangga diri tapi bersyukur dgn kurniaan allah..bdn saya x mcm org berumur 34 tahun..smua rata2 ingat saya masih muda remaja..padahal saya dah berkahwin dan anak sulung saya pun dah 11 tahun dah..alhamdullillah. .cuba la amalkan secara istiqamah..insyaalla h...tp air kosong kena minum byk ye..selamat beramal..
sara_s   |2008-11-19 13:22:37
avatar TO IZWA..utk keputihan..manjakani la elok...
izwa   |2008-11-19 15:13:05
avatar xde ape2 efek ke kalo mkn sbb tgh susukan anak lagi?
bleh ke mkn Senorita (produk d'anavechee tu) yg ada manjakani tu?
sara_s   |2008-11-19 13:25:08
avatar TO yati..kalo nak anak lain..stop dulu penggunaan manjakani..
sue1109  - anak dara   |2008-11-21 20:43:51
sy nak tanye...anak dara boleh ke makan manjakani bt ulam? klu boleh makan nak th jgk kuantiti nak makan manjakani ni bape banyak sehari boleh makan?
tinie  - nak tanya jugak   |2008-11-27 12:03:55
avatar manjakani yg serbuk tu kena makan sekali sehari jer ker?
kalu bersalin minum air manjakani ajer x per ker?
Priscella  - tak paham..   |2008-12-15 14:38:00
'pasu' tu merujuk kpd apa?pasu bunga yg selalu pompuan tanam flower tu ker?tak pahammm aa
rose   |2008-12-15 16:40:38
avatar pasu tu kalau tak silap mcm periuk tanah tu....bukan pasu bunga....pasu yang diperbuat drpada tanah liat tu....rose pun ada kat rumah ....mmg kalau org2 tua guna untuk asah akar kayu n biji manjakani tu....sbb kalau rebus yaAllah pahit yang amat.....hu meremang bulu roma nak habis kan....
tinie  - nak tanya lagi..   |2009-01-01 11:45:00
avatar bleh makan masa period tak.
sbbnya saya baru ajer jumper manjakani ni..
bleh ker??
kujakucha   |2009-01-04 00:13:19
nak tanye sape yg arif di cni..manjakani ni bole berfungsi sbg perancang x?
sus   |2009-01-05 12:04:41
avatar hai..mcm menarik la manjakani nie....suami memang suka bab ketat-ketat nie
tp takut gak nak mkn...kalau kite gosok kat batu lesung bole ker?
mama_zahraa   |2009-01-07 15:13:06
avatar saye pun amalkan manjakani nie..memang bagus..dan murah je...asah je kat belakang pasu..pastu serbuk die campur ngan air panas pun ok gak...
jgn pekat sgt sbb nanti masa kite minum kite akan rasa tekak kite mcm melekat2...tulah power nye manjakani ni,kat tekak pun dah rasa melekat ape lagi kat citu...ehehehehe

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
Produk-wanita Promosi Iklan

Perhatian! Maklumat dalam ratuhati.com ini hanya boleh dijadikan panduan secara umum sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kerana penggunaannya. Sebarang masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda.

Semua artikel adalah HAKMILIK Ratuhati.com melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda dialu-alukan memetik isi kandungan Ratuhati.com, tetapi tolong sertakan kredit atau LINK balik ke Ratuhati.com.

Free Joomla Templates