Set Bersalin Kaktie2u Ingin Anak Produk-wanita
Qurban Aksesori AngleShoppe Kek Kukus Buah
Gathering Ratuhati.com
Hadapan arrow Terma
Terma dan Syarat Penggunaan serta Penafian PDF Cetak E-mel

Semua pengguna hendaklah faham dan bersetuju dengan terma dan syarat penggunaan website Ratuhati.com ini.

  1. Maklumat dalam website ini adalah berdasarkan pengetahuan kami. Kami tidak menjamin ianya adalah tepat dan lengkap pada masa ianya diterbitkan.
  2. Website ini semata-mata tidak boleh dijadikan maklumat untuk diagnosa penyakit tanpa perundingan dengan pakar kesihatan. Ia hanyalah panduan secara umum.
  3. Kami tidak bertanggungjawab atas semua maklumat di website lain yang dirangkaikan (link) dari website ini.
  4. Kami tidak boleh disabitkan bersalah oleh undang-undang jika terdapat kesalahan pada isi kandungan. Namun begitu, pengguna digalakkan untuk menegur bagi menjamin kami menyediakan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.
  5. Anda dibenarkan untuk menyebarkan kandungan di laman web ini secara percuma tanpa meminta kebenaran untuk tujuan menyebarkan ilmu tetapi anda haruslah meletakkan sumbernya (link ke ratuhati.com). Selain daripada edaran percuma, sila minta kebenaran secara khusus daripada kami.
  6. Anda dialu-alukan untuk menyumbang kepada ratuhati.com, sila sumbangkan buah fikiran anda di forum atau anda juga boleh menghantar artikel yang anda tulis sendiri untuk dikongsi bersama.
  7. Ratuhati.com berhak menukar terma dan syarat penggunaan di atas.

Pengiklanan dan Perniagaan

  1. Jika anda mahu mengiklan sila hubungi This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it . Untuk makluman, tiada iklan percuma dibenarkan kerana kami membayar harga hosting, domain dan penyelengaraan dengan duit sendiri.
  2. Iklan di dalam forum yang tidak berkenaan akan dihapuskan tanpa notis.
  3. Iklan affiliates, skim cepat kaya, skim piramid, pinjaman cara mudah tidak dibenarkan. Ratuhati juga berhak menolak sebarang iklan tanpa perlu memberikan sebabnya.
Sebarang kemusykilan sila beritahu di forum. Daftar dulu dan login ya sebelum boleh mula hantar tajuk baru/balasan... Topik ini bukan untuk pertanyaan mengenai haid dan sebagainya... :-)
Comments
Search
Only registered users can write comments!
wannoreda86  - Salam perkenalan   |2008-07-03 14:34:31
Terima kasih ratu hati... byk info2 menarik yg sy dapat lihat di sini. moga2 byk lagi yg sy akan dpt.

Dan selamat berkenalan buat smua kenalan ratu hati...
bintanghati  - Jatuh Hati   |2008-07-03 23:00:35
avatar Hi!Selamat berkenalan kepada semua ahli ratu hati..
Sehari bersama ratu hati banyak maklumat dan petua yang saya perolehi sehingga jatuh hati pada website ni dan terus mendaftar sebagai ahli..
majie  - daftar ahli   |202.60.56.xxx |2008-08-01 11:19:21
salam perkenalan. cam ne nak daftar ahli .... T.Q
norrita  - hai   |2008-07-10 20:45:56
avatar Kepada semua salam perkenalan
zuliana0908   |2008-07-15 12:34:32
avatar hai salam perkenalan semua...
mrsazuar  - thanks 4 members..   |2008-07-16 16:30:54
avatar hye to all members...
salam perkenalan untuk semua sahabat yang berada di ratuhati.com ni..smoga kedatangan sya di sini diterima oleh semua...
deqnur  - puan   |60.54.35.xxx |2008-07-21 17:13:17
sy dah berkahwin 3 tahun...jarak antara suami dangan saya adalah 12 tahun..sampai sekarang kami belum lg di kurniakan cahayamata..suami tak mahu pergi chek atau berurut..biasanya saya yang selalu berurut...rawatan moden sy belum cuba lg..saya risau kerana sya belum lg ada cahaya mata..berilah saya panduan atau pendapat..apa yg harus saya buat?suami belum bersedia untuk mjadi bapa...sampai bila harus saya tungu??
sapiah  - deqnur - puan   |2008-09-07 11:20:17
avatar Hai deqnur. :cheer:

Simpati atas masalah u. Jarak usia bukan masalah. Doa selalu, lakukan solat taubat, solat hajat, InsyaAllah ada penyelesaiannya.K
Fiza Aziz  - Untuk Deqnur   |2008-11-21 10:45:14
Assalamualaikum deqnur,
Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku pada deqnur. Saya berhasrat nak bantu deqnur. Mungkin deqnur boleh hubungi saya dengan emelkan kepada saya angah3107@yahoo. com.
aini  - sayang   |218.111.120.xxx |2008-07-23 13:29:20
MAJU DIRI
aini  - NAK BELAJAR   |218.111.120.xxx |2008-07-23 13:30:48
GEMAR MENCARI MAKLUMAT DAN SUKA BELAJAR SESUATU MENGIKUT PEREDARAN MASA
cik kuntum  - maju diri   |218.111.120.xxx |2008-07-23 13:33:25
suka belajar sesuatu yg baru
nida  - mcmne nak daftar   |60.49.114.xxx |2008-07-25 10:37:57
slam perkenalan..saya nak tanya sikit..mcmne nak daftar sebagai ahli ratuhati.com?tertari k la ngan web nie..
babymummy  - selamat berkenalan...   |2008-10-08 11:33:27
senang je.. u masuk kat site atas ada tulis daftar u klik dan isi je borang keahlian tuu..
MAJIE  - best   |202.60.56.xxx |2008-08-01 11:15:44
best gak baca ruangan ni, banyak info yang sy dapat. t.Q
sharina  - banyak info   |58.26.251.xxx |2008-08-13 12:15:04
tq... ratuhati...bolehler berkongsi maklumat dan pengetahuan...
umiesarfiza  - kuiz teka anak   |2008-08-14 12:18:59
avatar minat nak joint ni.nak teka anak siapa
uMMi Ija  - Salam Perkenalan Ramadhan   |202.188.122.xxx |2008-09-08 16:05:59
Assalamualaikum semua ibu2 dan bakal ibu..

Salam perkenalan...saya baru join jer hari ni...
harap boleh share banyak info ..

wafa  - merried   |124.82.89.xxx |2008-09-19 08:13:13
Asalamualik....

sal am perkenalan dari saya.
thanks ratuhati coz dapat berkongsi ilmu pengetauhan.
babymummy  - wlksm...   |2008-10-08 11:30:33
salamt berkenalan..semoga kita dapat berkongsi info yang baik..
babymummy  - wslm...   |2008-10-08 11:31:38
same le kite..saya pun baru join hari ni...selamat berkenalan...
mama_truezy  - INFO BERGUNA....   |210.48.147.xxx |2008-09-19 10:43:55
lagi seminggu nak due ni...xsangka dlm tempoh ni terjumpa plak ngan website ni...
mmg berguna n bagi byk informasi kepada bakal ibu seperti saya....thanks a lot...
asmaa  - salam perkenalan   |2008-09-20 02:05:21
selamat berkenalan .... best lah ratuhati nie...byk info boleh dikongsi bersama....
intansolehah  - darah period@ x?   |2008-09-22 07:44:24
avatar salam...intan nk ty la kakak2 kat ratuhati ni....intan baru kahwin 4 bln...skrg ni mb tak da rezki lagi la...mslh intan period tak tetap...ms bln pose ni intan tak tau la period atau darah ape just 1 day jer...pastu da tak de...ikotkan skrg ni intna lewat 4 ari da period...confius ler...help me...
intansolehah  - salam...   |2008-09-22 11:46:59
avatar salam perkenalan utk semua....
babymummy  - hai..   |2008-10-08 11:29:30
selamat berkenalan...saya orang baru dalam site awak pun sama ke?
babymummy   |2008-10-08 11:26:13
salam sayang semua..saya seorang isteri yang baru mendirikan rumah tangga dalam 3tahun,saya ingin bertanyakan pendapat adakah salah saya sesrta suami merancang untuk tidak hamil?
babymummy  - jatuh cinta pandang pertama   |2008-10-08 11:27:57
saya harap sudilah beri komen dan berbalas komen..bestla site ni..dapat banyak info...
sheliza   |2008-11-05 17:54:36
avatar salam perkenalan pd semua...

sy harap melalui laman web ratuhati ni kt bleh menambah ilmu di dada..
Zirgee  - Dilemma seorang isteri......   |2008-11-11 14:52:57
avatar Hi,

Saya sekarang dalam dilemma...

Usia perkahwin saya sudah mencecah 10thn(March 199. Saya mempunyai 4 org cahayamata (2 laki2, 2 ppuan). Saya berkahwin semasa usia saya dan hsband masing2 20thn. Hsband saya mula berubah semasa saya mengandung anak ke2 (2001). Semasa saya dalam pantang hari ke4, saya telah tangkap hsband saya bersama ppuan lain di kelab malam. Saya bersama sepupu saya yang menjaga saya selama saya berpantang mencari dia di kelab malam. Selepas malam tersebut dia berjanji agar tidak akan mengulangi paerkara tersebut. Saya sangat sayangkan hsband saya. Saya maafkan dia.

Pd tahun 2003, saya mngandung anak yang ke3 plak. Dia curang lagi. Kali ini dia berkasih dengan kawan lama saya. Saya tangkap hsband dan kawan saya di tempat hsband saya bekerja. Selepas malam tersebut dia berjanji lagi agar tidak akan mengulangi perkara tersebut. Saya kasihankan anak2 saya. Lgpun cinta dan sayang saya kepada suami sangat kuat. Saya maafkan dia untuk kali ke2.

Pd tahun 2007, selepas 8 bulan hsband saya curang lagi. Kali ini saya tak tangkap dia tapi saya terbaca SMS ppuan lain kepada dia. SMS yang berunsur yang mencuragai. Saya terus call ppuan tersebut, ternyata ppuan itu tersebut terkejut. Hsband saya tidak memberitahu dia bahawa hsband saya sudah berkahwin. Selepas hal tersebut hsband berjanji lagi agar tidak akan mengulangi perkara tersebut. Saya kasihankan anak2 saya. Lgpun cinta dan sayang saya kepada suami sangat kuat. Saya maafkan dia untuk kali ke3. Saya bukanlah seorang yang sangat penyabar tetapi kerana saya pentingkan kesejahteraan anak2 saya. Walaupun hati disakiti hsband saya tetap bersabar kerana saya terlalu sayang dan cintakan hsband saya.

Pd bulan Ogos 2008, hsband saya mengaku dia mempunyai kekasih. Dia minta agar saya jaga rumahtangga dengan kami dengan baik dan dia minta saya tidak mengganggu ppuan tersebut. Dia ugut akan lari tinggalkan saya dan anak2. Hati isteri mana tak remuk dan sakit tapi saya tetap bersabar. Saya biarkan dia dengan perangai dia yang selalu curang dengan saya. Mungkin selama ini saya selalu melarang dia, dia sentiasa mengulangi perangai dia yang suka curang itu.Kalau saya tak melarang dia, mungkin dia akan berubah. Setelah 2 bulan berlalu, saya berdoa pada Tuhan agar tunjuk jalan yang sepatut saya ambil, walaupun pilihan terakhirnya saya terpaksa BERCERAI dgn dia.

Tuhan telah tunjuk 1 persatu kesalahan hsband saya. Tanpa dirancang saya terserempak hsband saya bersama kekasihnya. Saya berjumpa dengan mereka berdua. Ppuan itu terkejut dan marahkan hsband saya telah kerana telah berbohong mengaku duda. Hati saya semakin hancur bila suami kata dia DUDA. Jadi selama ini dia anggap saya ini JANDA dia. Ppuan itu berjanaji akan tinggalkan hsband saya. Tapi selepas 2 hari kemudian ppuan itu menghubungi saya semula. Dia telah mengandungkan anak hsband saya. Saya sangat terkejut dan terus tidak tahu apa lagi harus saya buat. Apakah harus saya marahkan hsband saya? marahkan ppuan tersebut? marahkan diri saya sendiri? Saya menangis dalam sambil meratapi wajah anak2 saya. Apa harus mummy buat sayang????

Anak2 tak pernah merasai pergolakkan rumahtangga saya selama ini. Kerana saya dan hsband tak pernah bincang di depan anak2.

Saya telah merujuk kepada Kaunselor perkahwinan. Memandangkan saya beragama Kristian, maka agama kami tiada istilah berpoligami. Maka, hsband saya terpaksa ceraikan saya. Sekarang urusan perceraian belum lagi dijalankan. Kami hanya tunggu surat panggilan ke Mahkamah. Hati saya belum bersedia menerima perceraian ini. Terlalu berat saya melepaskan suami saya tapi banyak pihak yang tidak bersetuju akan tindakan saya. Mereka kata cukuplah sudah banyak kali saya bagi peluang kepada suami saya tetapi masih juga suami saya curang di belakang saya.

Apakah harus saya buat demi anak2 saya....
nurcahaya  - salam perkenalan   |2008-11-25 10:09:21
avatar Assalammualaikum
sa lam perkenalan buat semua
norliey  - SaLaM   |2008-11-26 16:45:35
avatar [/size][size=small] salam sme pngunjung web ratuhati ini...Thanks kpd ratuhati krn byk memberi saya ilmu terutama cr utk dikurniakan chyamata bg saya yg bru sbg pengantin baru...
norliey  - ingin Pendapat   |2008-11-26 16:52:15
avatar salam sme...norliey n hubby bru msuk 4 bln kawin...waktu time raya 2 norliey period cma 2 ari...ingtkn dh pregnant...tp last2 bl check result -ve...blan nov ni 13hb norliey period 1 ari gak...bla check result ttap sma.. -ve mgkin blum rzki norliey..tp klau ada teman2 yg ingin kongsi pndapat x slah...email norliey (norliey80@yahoo .com.my)
hayati813  - salam perkenalan...   |2008-11-27 10:24:13
saye tertarik ngan ratuhati ni...
banyak info2 menarik yg dapat dikongsi bersama...
teruskan dengan info2 menarik..
saya nak tanya..macam mana nak join forum??

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
Produk-wanita

Perhatian! Maklumat dalam ratuhati.com ini hanya boleh dijadikan panduan secara umum sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kerana penggunaannya. Sebarang masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda.

Semua artikel adalah HAKMILIK Ratuhati.com melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda dialu-alukan memetik isi kandungan Ratuhati.com, tetapi tolong sertakan kredit atau LINK balik ke Ratuhati.com.

Free Joomla Templates