Ummimall Bengkung Moden Set Bersalin Kaktie2u Produk-wanita Promosi Iklan
Hadapan arrow Kehamilan arrow Dalam Pantang
Kerabu Pegaga dan Bunga Kantan PDF Cetak E-mel
Khasiat pegaga antaranya menambahkan susu ibu disamping kandungan fibernya boleh mengelakkan sembelit. Kulit limau pula berkhasiat mengharumkan bau badan. Sesuai untuk ibu selepas bersalin.

Bahan-bahan

  • 1 cekak pegaga - dipotong kecil
  • 1 kuntum bunga kantan - hiris halus 
  • 3 sudu kelapa parut digoreng sehingga perang tanpa minyak 
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji cili merah - hiris halus 
  • 2 ulas bawang merah dimayang halus
  • 2 biji limau kasturi - diambil jusnya, kulitnya dihiris halus
  • segenggam ikan bilis - goreng tanpa minyak

Tumbuk lada hitam, ikan bilis, kelapa goreng dan sedikit garam. Jangan terlalu halus.

Campurkan bahan yang ditumbuk bersama pegaga, kulit limau, jus limau, bunga kantan dan juga cili merah.

Gaul rata dan hidangkan. 

 
Rambut Gugur Selepas Bersalin

article thumbnailKeguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?
+ Sepenuhnya

Lain-lain Artikel
Produk-wanita Promosi Iklan

Perhatian! Maklumat dalam ratuhati.com ini hanya boleh dijadikan panduan secara umum sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kerana penggunaannya. Sebarang masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda.

Semua artikel adalah HAKMILIK Ratuhati.com melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda dialu-alukan memetik isi kandungan Ratuhati.com, tetapi tolong sertakan kredit atau LINK balik ke Ratuhati.com.

Free Joomla Templates