| Tenggiri Bakar Herba |
|
|
|
|
Untuk ibu dalam pantang.
Bahan asas: 3 keping ikan tenggiri 1 biji kelapa - ambil semangkuk santan 2 peket suun Sedikit minyak masak Sedikit garam Bahan Kisar 1 sudu kecil lada hitam 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 cm cekur 4 cm lengkuas 2 cm halia 2 cm kunyit hidup 8 biji buah keras 2 cm buah keluak 1 cm biji pala 1 kuntum bunga cengkih 1/2 sudu kecil jintan manis 1 tangkai cabai lempuyang atau cili jamu - gi cari kat pasar melayu Sedikit kayu musawin - optional - gi cari kat pasar melayu Cara: Bakar tenggiri dgn dapur kayu atau dapur arang hingga masak, angkat dan ketepikan. Panaskan periuk, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan ikan, balik balikkan sebentar. Tuangkan santan biarkan mendidih masukkan suun. Biarkan mendidih lagi, beberapa minit sambil dikacau agar tak pecah minyak. Perisakan dgn garam dan hidangkan. sumber: suria02, forum melayu.com |
| Rambut Gugur Selepas Bersalin + Sepenuhnya |
| Lain-lain Artikel |
Perhatian! Maklumat dalam ratuhati.com ini hanya boleh dijadikan panduan secara umum sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kerana penggunaannya. Sebarang masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda.
Semua artikel adalah HAKMILIK Ratuhati.com melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda dialu-alukan memetik isi kandungan Ratuhati.com, tetapi tolong sertakan kredit atau LINK balik ke Ratuhati.com.