Ratuhati.com

Inspirasi Diri

 
 

Bengkel Mahligai Kasih - Semakin Hari Semakin Sayang - Pengenalan

E-mail Print PDF

Isteri-isteri… ini mungkin sesuatu yang kerap anda fikirkan, tetapi sukar untuk diluahkan...

  • Mengapa suami saya ego, tidak mahu dengar pandangan saya?
  • Mengapa suami fikir dia sahaja yang betul?
  • Mengapa suami saya tidak suka temankan saya bershopping?

Dan suami-suami, mungkin kerapkali ini yang membuatkan anda rasa sangat stress…

  • Mengapa isteri saya suka cakap banyak?
  • Mengapa isteri saya asyik mengadu masalah... masalah... masalah ?
  • Mengapa isteri saya meleret-leret kalau berbincang?

Last Updated on Friday, 18 June 2010 18:39 Read more...

Fiqh Wanita atau Pendidikan Seks

E-mail Print PDF

FIQH  WANITA

Salam sahabat-sahabat yang dikasihi, semoga anda sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH di mana jua anda berada. Saya pernah bertanya pada ibu-ibu waktu yg sesuai untuk menceritakan pada anak tentang  seks kepada anak-anak. Jawapan yang saya terima agak memuaskan hati dengan rasa bersyukur kepada ALLAH kerana ramai ibu-ibu sekarang yang sudah celik dalam soal ini. Kalau 20 tahun yang lampau, jangankan si ibu nak bercerita, kalau si anak yang bertanya tentu mulutnya dah dicili.

Last Updated on Tuesday, 06 April 2010 23:51 Read more...

Kalsium- Bukan Hanya Dari Susu

E-mail Print PDF

Bila bercakap tentang kalsium, perkara pertama yang terlintas di kepala adalah susu. Sejak dahulu kita sering didedahkan bahawa SUSU= KALSIUM sehinggakan kita berpendapat, kalau tak minum susu, tulang akan reput.

Last Updated on Wednesday, 17 March 2010 12:51 Read more...

Anak Tidak Mahu Botol Susu

E-mail Print PDF

Akhir-akhir ini, saya kerap menerima persoalan berkaitan bagaimana mahu memperkenalkan botol kepada si kecil yang sudah pandai memilih dan membezakan puting. Justeru, saya fikir perlu juga saya coretkan idea ini supaya sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu terutamanya yang sudah mula mahu bekerja, dapat memperkenalkan penggunaan botol kepada si kecil mereka. Apatah lagi, kebetulan saya juga ada menjawab persoalan ini melalui emel. Jadi, tugas saya lebih mudah, edit sedikit sebanyak emel itu buat tatapan pembaca sekalian.

Last Updated on Wednesday, 17 March 2010 12:42 Read more...

Dilema Penjagaan Anak - Antara Cakap dan Nasihat Orang dengan Pendirian Kita

E-mail Print PDF

“Itulah.. budak-budak, kalau kita jaga sangat, mudahlah dapat penyakit…” kata seseorang kepada saya apabila dia mengetahui Darwisy dijangkiti HFMD kali ketiga baru-baru ini.

Tersentak juga saya bila dia berkata begitu. Okey, mungkin sebab dia ingat saya terlalu menjaga anak saya nan seorang tu. Ya, memang saya jaga. Dah namanya anak saya, dah tentulah saya jaga. Takkan saya nak biarkan sahaja... Tetapi, tidaklah saya terlampau jaga sehingga dia tidak boleh berkawan dengan kanak-kanak lain, dan tidak boleh bermain di atas tanah, atau sentiasa berkepit ke sana ke sini. Saya sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan dengan ‘jaga sangat’ seperti yang dia katakan tu... Sebab saya selalu bawa anak saya ke sekolah diwaktu petang? Sebab saya beri anak saya susu ibu? Sebab saya jaga pemakanan anak saya? Sebab saya tak mahu hantar anak saya kepada mertua saya?

Last Updated on Tuesday, 16 March 2010 09:22 Read more...

Page 4 of 29