20-an
Siapa kata penjagaan penuaan wajah tidak sesuai dipraktikkan di awal usia 20-an? Sebenarnya, semasa usia masih muda inilah, apa sahaja rumusan yang dipakai mudah untuk diserap dan diberi tindakbalas oleh kulit kita kerana kulit masih belum 'degil'. Walaupun kebanyakan wanita seawal usia 20-an tidak mengalami kedutan atau penuaan yang ketara, namun mereka tetap mempunyai garis-garis halus di sekitar mata, kekeringan di bahagian pipi dan garis senyum yang merupakan tanda awal penuaan. Untuk bergelar awet muda, pilihlah produk pre-anti penuaan yang mampu menentang penuaan di peringkat awal yang sesuai dengan kulit anda.
Awal 30-an
Bila menginjak ke awal usia 30-an pula, biasanya kelenjar minyak kulit semakin berkurangan. Pada usia sekitar ini, anda sudah boleh beralih kepada produk penjagaan kulit untuk usia matang dan anti-penuaan. Ini supaya anda tidak menunggu ke satu peringkat usia bila mana kedutan sudah ada. Bukankan mencegah itu lebih baik dari mengubati? Sebelum kedutan meruncing, seharusnya ia diperhalusi seawal ia hampir muncul. Rutin dan produk penjagaan kulit untuk mengelakkan penuaan lebih penting daripada melawan penuaan. Pakar bedah kosmetik yang cukup terkenal di kalangan wajah-wajah glam, Dr Jean-Louis Sebagh pernah mengatakan, "Sebagai doktor bedah kosmetik, saya tidak mempercayai keajaiban krim penjagaan wajah tetapi saya percaya penjagaan wajah yang baik boleh memberikan kelainan pada kulit"
Bersambung...









Kempen Penyusuan Susu Ibu di Keramat
Salam. Saya terdengar dalam...
Pikat Suami, Pakailah Baju Merah
hehheee..lawak la enon.. n...
Masa selamat hamil selepas keguguran
salam. saya baru keguguran ...
Suami Memimpin, Isteri Mengurus - Siapa Salah? Kenapa Lelaki...
salam semua... my hubby ak...
Antara Skil 'Bunuh Diri' dalam Penyusuan Ibu
simpati baca luahan hati aw...
Kolostrum - Menjawab Persoalan Tiada Susu di Awal Kelahiran
hye all momies, sekarang...
Rangsang Bahasa Si Manja Walaupun Anda Ibu yang Sibuk
good information!!
Apa yang Mengembirakan Isteri Dalam Bulan Ramadhan
sama lah kita..huhuhu....
Rangsang Bahasa Si Manja Walaupun Anda Ibu yang Sibuk
really informative.akn dipr...
Apa yang Mengembirakan Isteri Dalam Bulan Ramadhan
tapi suami saya dok jauh......