Kajian oleh saintis dari Simon Fraser University di Kanada menunjukkan bahawa membuang habuk yang berada  di dalam rumah merupakan cara terbaik untuk mengelakkan kanak-kanak terdedah kepada bahan kimia berbahaya di rumah. Habuk di rumah merupakan sumber utama pendedahan kepada bahan kimia bertoksik termasuk plumbum yang berbahaya untuk perkembangan otak. Ia juga dikaitkan dengan masalah pembelajaran dan tingkah laku, asma, kanser dan kecacatan semasa lahir.

Add a comment

Tarikh: 26 Jun 2011

Masa: 8.00 pagi - 1.oo petang

Tempat: Kompleks Marina, Tajung Emas, Muar

Fasilitator: Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)

Pelaburan (untuk rumahtangga bahagia inshaAllah): Individu RM15, Berpasangan RM25

Anjuran: Pertubuhan IKRAM

Klik untuk versi besar.

 

Add a comment
Wednesday, 15 June 2011 05:06

Khasiat dan Cara Pengambilan Herba Hepatik

Written by Aliah Bte Zakaria

Herba hepatik adalah herba yang menguatkan dan merangsang fungsi hati selain membantu merembeskan cecair hempedu. Ia membantu mengembalikan selera makan, memperbaiki sistem digestif termasuk menghasilkan pencernaan yang lebih sempurna dan meredakan sembelit. Ia juga berkesan merawat jaundis dan hepatitis.

Herba hepatik seperti pegaga, daun jambu batu, daun betik, putrawali, kemangi, hempedu bumi, kunyit, kulit limau, daun limau purut, daun mambu, parsli, bunga crysanthemum, chai hu, he shou wu dan lobak putih ialah diantara kategori herba yang sesuai diambil untuk membantu melambatkan penuaan. Ia meningkatkan anabolik metabolisma yang dikenali juga sebagai proses regenerasi sel supaya mengatasi kadar katabolik metabolisma, iaitu proses degenerasi sel.

Add a comment
Page 9 of 19

Petua Suri

Badge Ratuhati - Mari Promosi

Letakkan badge ratuhati di web anda.

Banner ratuhati.com!
Sila KLIK link ini untuk KOD HTMLdan pastekan di web/blog anda. Terima kasih ;-)
You are here