Sakit pada payudara
Payudara anda mungkin akan terasa sakit jika disentuh atau memakai coli. Puting anda juga menjadi sangat senitif. Ramai wanita yang tidak menyedari diri mereka hamil kerana menyangkakan ia adalah tanda kedatangan haid. Rasa sakit dan tegang ini adalah normal terutamanya pada trimester pertama.
Perubahan pada puting payudara dan areola
Puting dan areaola anda mungkin bertambah besar dan warnanya juga semakin gelap atau kehitaman. Mungkin juga akan ada tanda seperti jerawat yang bewarna putih di sekeliling areola anda. Ia dinamakan 'Montgomery's tubercules'.
Payudara membesar
Menghampiri akhir trimester pertama atau pada awal trimester kedua, anda mungkin terasa payudara anda membesar. Ini berlaku kerana tisu pada payudara anda sedang bersedia untuk proses penyusuan. Di akhir kehamilan, mungkin anda terpaksa bertukar kepada coli baru. Beli terus coli khas untuk menyusu, jika anda mahu menukar coli baru.
Keluarnya kolostrum
Kolostrum adalah susu ibu pertama yang dihasilkan oleh badan anda. Ia akan memenuhi semua keperluan pemakanan untuk bayi anda memulakan hidupnya, termasuk imuniti dan perlindungan daripada jaundis. Semasa menunggu hari, sesetengah wanita dapat melihat cecair kuning ini menitis daripada puting mereka. Ia juga mungkin telah kering dengan membentuk bekas seakan putih di berdekatan puting anda.
Tiada perubahan pada payudara
Anda mungkin hanya mengalami hanya sedikit perubahan (hingga hampir tidak menyedarinya) atau tiada langsung perubahan pada payudara anda. Jangan risau, ia tiada kaitan dengan keupayaan anda untuk mengalami kehamilan atau penyusuan susu ibu yang berjaya.




