Dalam Pantang (23)
Nifas pada syara' adalah darah yang keluar kemudian daripada kosong rarim daripada anak, ketul daging atau darah beku yang asal kejadian anak adam pada dua yang akhir. Darah yang keluar semasa peranakan masih ada suatu yang tersebut tidak dinamakan darah nifas.
| Add a comment |
Sayur-sayuran Ulam-ulaman dan Buah-buahan untuk Ibu dalam Pantang
Written by Ratuhati.comTerdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
| Add a comment |
Ikan Yang Tidak Boleh Dimakan Semasa Dalam Pantang
Written by Ratuhati.com| Add a comment |
Gila meroyan boleh terjadi seawal dua minggu selepas melahirkan. Ia boleh menyebabkan wanita sentiasa paranoid dan berhalusinasi. Selain itu dia akan hilang selera dan sukar tidur malam.Sesuatu yang paling ketara dia akan kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan masalah yang dihadapinya,
Dari sudut perubatan, gila meroyan sebenarnya lebih kepada masalah tekanan perasaan, keletihan dan gangguan emosi kerana tidak mendapat kerjasama dan persefahaman terutama daripada suami dan ahli keluarga.
Wanita dalam pantang seharusnya pandai mengawal emosi. Selain itu penjagaan makanan seperti pengambilan makanan berprotein tinggi bagus untuk menambah darah dan mengembalikan kecergasan tubuh.
- Pensyarah dan Pakar Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ahmad Hatim Sulaiman dalam artikel "Gila Meroyan" tulisan Hafizah Iszahanid, terbitan Berita Harian. Gambar: Nuri
| Add a comment |
Lazimnya darah nifas banyak dalam minggu pertama selepas kelahiran dan lebih mencair memasuki minggu kedua, ia dijangka bersih dalam bulan pertama. Nifas yang berpanjangan perlu dipastikan puncanya. Jangkitan dalam rahim (endometritis) boleh menyebabkan keadaan ini, jika tidak dirawat dengan pemberian antibiotik bersesuaian, ia boleh mengakibatkan komplikasi lain. - Dr Adilah Ahmat, Nifas berterusan lepas pembedahan bersalin, Harian Metro
| Add a comment |
Buah dan Sayur Perlu Dielakkan Dalam Amalan Pantang Melayu
Written by Penulis
Tumbuhan ulam atau sayuran yang tidak sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang berpantang seperti pucuk ubi kayu, kekacang, pucuk paku, kubis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu, dan air kacang soya. Makanan ini adalah bersifat sejuk dan tidak sesuai untuk para ibu. Terdapat juga makanan yang bersifat tajam dan berbisa seperti rebung, tebu, air kelapa, cuka, dan nanas. - TUMBUHAN DI DALAM AMALAN BERPANTANG MASYARAKAT MELAYU BAGI IBU YANG BARU BERSALIN, NOR ASIAH BT AMRAN| Add a comment |
Amalan berpantang dalam masyarakat Melayu biasanya dijalani oleh ibu selepas bersalin selama 44 hari dan ada juga sehingga 100 hari. Dalam masa ini beberapa perkara perlu dilakukan dan ada juga perkara yang dilarang bagi memastikan ibu sihat seperti sediakala.
| Add a comment |
Matlamat perancangan keluarga adalah untuk memastikan setiap kehamilan dirancang dan dikehendaki. "Institusi keluarga adalah unit sosial yang penting dalam masyarakat. Sungguhpun Islam menggalakkan lelaki dan wanita berkahwin dengan tujuan mendapatkan zuriat, tetapi kualiti hidup perlu dititikberatkan.
"Perancangan keluarga boleh diamalkan dengan persetujuan suami dan isteri"
- Dr. Mohammad Akram Laldin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kehamilan Perlu Dirancang, Kosmo , gambar islamonline.com
| Add a comment |
Untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin, ambil akar dan beberapa helai daun senduduk, bersihkannya. Rebuskan sehingga mendidih. Tapiskannya untuk mendapat airnya sahaja dan minum dengan perlahan-lahan. - ahmad, pkukm| Add a comment |
Pil perancang bukan saja mencegah kehamilan, tetapi turut ada manfaat lain seperti haid lebih ringan, tetap dan kurang senggugut; mengurangkan risiko pembentukan sista ovari, kanser ovari dan uterus; mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari. - Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, Harian Metro.| Add a comment |

