Displaying items by tag: Ketika
Sunday, 13 September 2009 05:50

Menggendong Bayi Ketika Solat

Menggendong bayi dalam solat adalah antara hal-hal yg dibolehkan dalam solat.

Daripada Abu Qatadah, bahawa Rasulullah saw pernah melakukan solat dgn membawa Umamah binti Zainab binti Rasulullah saw. Ketika sujud, baginda meletakkannya; dan ketika berdiri, baginda menggendongnya.*
* HR Bukhari (516), Muslim (543) dan selainnya

[Rujukan: Shahih Fiqh Sunnah Jilid 1 ms 546]

Cara menggendong bayi dalam solat

  1. Adalah baik sebelum itu, bayi yg mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.
  2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
  3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
  4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.
  5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
  6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
  7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.


[Rujukan: Pelik Tetapi Benar dalam Solat, ms 48]

Daripada Abu Qatadah katanya,

"Bahawa Rasulullah S.A.W solat sedang cucunya, Umamah puteri Zainab, anak perempuan baginda, berada di atas belakangnya. Bila baginda rukuk, diletakkannya cucunya itu dan bila baginda berdiri daripada sujud diambilnya pula dan diletakkannya semula di atas belakangnya"

Kata Amir:

"Saya tidak menanyakan, solat apa yg dilakukan ketika itu" Sebaliknya Ibn JUraij berkata: "Saya diberitahu oleh Zaid bin Abu I'tab daripada Umar bin Sulaim, bahawa itu adalah solat Subuh"
(HR Ahmad dan Nasa'i)

Daripada Abdullah bin Syidad daripada ayahnya katanya:

"Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W keluar untuk solat siang, Zuhur atau Asar. Beliau membawa cucunya Hasan atau Husein, lalu maju ke hadapan dan cucunya itu diletakkannya, kemudian bertakbir. Seterusnya baginda sujud, dan sujud itu sangat lama sekali hingga terangkat kepalaku. Rupa-rupanya aku lihat cucnya itu berada di atas belakang Rasulullah :saw, maka aku pun kembali sujud. Setelah selesai solat para jemaah di belakang bertanya: 'Ya Rasulullah S.A.W tadi sangat lama sekali anda sujud, hingga kami sangka telah berlaku sesuatu atau mungkin wahyu sedang diturunkan.' Ujar baginda S.A.W 'Semua itu tidak berlaku melainkan ketika itu cucuku ini berada di atas belakangku dan aku tidak mahu mengganggu nya hingga dia berasa puas bermain'"
(HR Ahmad, Nasa'i dan Hakim)

Berkata Imam Nawawi:
"Hadith ini menjadi alasan bagi mazhab Syafi'e dan yg lain yg sependapat dengannya, bahawa memang boleh membawa anak, biar lelaki atau perempuan begitupun lain-lain seperti binatang yg suci di dalam solat fardhu atau sunat, baik bagi imam mahupun makmum"
(Fiqhus Sunnah Jilid 1)

[Rujukan: Ust Abdul Rahman Mohamed, Pelik Tetapi Benar dalam Solat ms 48-49]

ummu_wijdan, al-fikrah.net

Add a comment
Published in Islam
Saturday, 08 December 2007 09:05

Seks Ketika Haid: Risiko Kesihatan dan Hukum

Seks ketika haid, Islam mengharamkannya, perubatan moden menyanggahnya.
Add a comment
Published in Kesihatan
Wednesday, 20 February 2008 08:31

Posisi Tidur Ketika Hamil

Pakar menganjurkan setelah kehamilan 16 minggu, sebaiknya ibu hamil tidur dengan POSISI MENGIRING KE SISI KIRI, kerana posisi ini membolehkan bayi mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksima ke plasenta kerana adanya vena besar (vena cava inferior) di bahagian belakang sebelah kanan spina yang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu sehingga mengurangi pembengkakan pada kaki, pegelangan kaki dan tangan.

Tips: Untuk tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, letakkan bantal diantara celah paha anda dan satu di punggung anda. Atau anda dapat membeli bantal tidur khusus ibu hamil. - Dr Suririnah, infoibu.com
Add a comment
You are here