Bantu bayi waktu tidur
| Add a comment |
Bayi Menangis dan Kolik, Bagaimana Menenangkannya
| Add a comment |
Bagaimana Membersihkan Telinga, Hidung dan Mulut Bayi
| Add a comment |
Asas Urutan Bayi
| Add a comment |
Carta Perkembangan Bayi Sehingga 24 Bulan
Carta ini hanyalah panduan secara umum. Jangan bimbang jika bayi anda tercepat atau terlambat daripada carta ini. Berbincang dengan doktor jika anda risau akan perkembangan bayi anda.| Add a comment |
Ibu Alami Tekanan Perasaan Sebelum dan Semasa Hamil, Bayi Cenderung Alami Masalah Tidur
Bayi yang ibunya mengalami tekanan perasaan sebelum mula hamil, atau semasa hamil, lebih mudah mengalami gangguan pola tidur sepanjang 6 bulan pertama kelahirannya berbanding bayi yang emosi ibunya tenang sebelum dan sepanjang kehamilan.
Bayi ini lebih cenderung tidur pada siang hari, sukar untuk tidur pada malam hari, dan terjaga lebih kerap pada malam hari. Ini dikatakan insomnia bagi bayi. Masalah tidur bayi ini bukan hanya membuatkan ibubapa tidak dapat tidur secukupnya, ia juga menyumbang kepada tekanan perasaan bayi tersebut apabila dia dewasa.
Oleh itu, penting untuk bayi dan ibubapa mendapat tidur secukupnya.
Bulan-bulan pertama kelahiran, adalah ibarat kem latihan untuk tidur bayi pada masa akan datang. Badan dan minda bayi perlu dilatih untuk memahami yang dia perlu tidur bila gelap, dan berjaga bila terang - ini adalah asas 'circadian rhytm' yang menentukan waktu tidur seseorang sepanjang hidupnya. Ia juga menetapkan 'jam biologi' bayi sejak dari awal.
Hasil kajian ini didedahkan oleh pengkaji dari Universiti Michigan.
Mom's Mood, Baby's Sleep: What's The Connection?, Science Daily
| Add a comment |
Urutan Menambahkan Berat Badan Bayi, Melenakan Tidurnya
Bayi yang diurut didapati meningkat dari segi kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines, tidur lebih nyenyak, jarang menangis dan lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik.
- Perunding Pediatrik, Dr Zulkifli Ismail dalam artikel Urut bayi bantu atasi masalah kemurungan tulisan Halina Mohd Noor, Berita Harian
| Add a comment |
Pilih Saiz Kasut yang Sesuai untuk Anak Anda
Pilih saiz kasut yang sesuai dengan kaki anak anda. Jika terlalu besar, dia rasa tidak selesa dan mudah tersungkur atau jatuh. Jika terlalu kecil, kakinya mungkin akan membengkok. Sarungkan anak anda kasut yang ingin dibeli dan biarkan dia berjalan ke seluruh kedai. Pastikan dia selesa memakainya. Waktu yang sesuai membawa anak anda membeli kasut, adalah waktu petang.
| Add a comment |
Berapa Lama Bayi Tidur?
Waktu tidur bayi yang baru lahir adalah selama 16 hingga 20 jam, manakala bayi yang berusia dua hingga tiga bulan menikmati waktu tidurnya lebih kurang 12 hingga 14 jam. "Ibu bapa tidak perlu bimbang sekiranya mendapati bayi mereka tidur dengan lebih lama kerana ia sudah menjadi perkara biasa. Semakin meningkat usia seorang bayi, semakin berkurangan waktu tidur pada siang harinya".
- Dr. Norrashidah Abdul Wahab, Pakar Perunding Kanak-kanak dan Pakar Paru-paru Kanak-kanak merangkap ahli APPSA Malaysia, Tidur Malam Berkualiti, Kosmo
| Add a comment |
Anak Anda Belum Sedia Lagi ke Tandas
Anak anda belum bersedia lagi untuk latihan ke tandas apabila dia menunjukkan reaksi antaranya seperti berikut:
- Duduk di lantai bilik air,
- Menangis dan enggan diajak ke tandas,
- Tidak kisah memakai lampin yang basah dan bernajis, dan
- Jerit "NO POTTY!"
| Add a comment |

