Buah Delima Sebagai Penawar Pelbagai Penyakit
Buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".
Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
- Rahsia Penciptaan Buah Delima oleh Norkumala bt. Awang, IKIM
| Add a comment |
Fungsi dan Sumber Vitamin C
Vitamin C berperanan dalam mengekalkan kesihatan gigi, gusi dan tulang anda. Vitamin C juga dapat membantu mencegah jangkitan dan juga membantu menyembuhkan luka dan patah. Zat besi daripada sumber tumbuhan juga dapat diserap dengan sempurna dengan bantuan vitamin C.Makanlah makanan berikut yang kaya dengan vitamin C: limau, jambu batu, betik, belimbing, mangga, tomato, kobis dan ulam seperti pucuk gajus, pegaga, daun salad, petai.
sumber: infosihat
| Add a comment |
Anggur Tinggi Antioksida
Kajian menunjukkan setiap makanan yang kita makan perlulah diambil seiring dengan makanan antioksida untuk mengelak tekanan akibat makanan tidak hadam. Justeru, adalah baik untuk kesihatan sekiranya menu yang diambil seiring dengan buah atau sayur yang mengandungi agen antioksida yang tinggi. Agen antioksida seperti yang diketahui berupaya meneutralkan radikal bebas yang dirangsang daripada tekanan terhadap tubuh, sama ada secara semula jadi mahupun dari luar seperti merokok dan pencemaran udara. Antara buah yang mempunyai kadar antioksida yang tinggi ialah anggur.
| Add a comment |
10 Cara Untuk Meningkatkan Imun
| Add a comment |
Migrain dan Makanan yang Harus Dijauhi
| Add a comment |
Minuman Perisa Buah untuk Kanak-kanak
Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis walaupun dalam senarai kandungannya selalu tertulis 100% pati oren, anggur atau epal. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, berikan anak-anak buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.
- Buletin Pengguna, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
| Add a comment |
Hilangkan Bengkak Buah Dada Untuk Ibu Menyusu Badan
| Add a comment |
Buah dan Sayur Perlu Dielakkan Dalam Amalan Pantang Melayu
Tumbuhan ulam atau sayuran yang tidak sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang berpantang seperti pucuk ubi kayu, kekacang, pucuk paku, kubis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu, dan air kacang soya. Makanan ini adalah bersifat sejuk dan tidak sesuai untuk para ibu. Terdapat juga makanan yang bersifat tajam dan berbisa seperti rebung, tebu, air kelapa, cuka, dan nanas. - TUMBUHAN DI DALAM AMALAN BERPANTANG MASYARAKAT MELAYU BAGI IBU YANG BARU BERSALIN, NOR ASIAH BT AMRAN| Add a comment |
Buah Delima Simbol Kesuburan dan Keturunan Ramai
Delima atau istilah botaninya Punica granatum adalah buah yang menjadi simbol kesuburan dalam pelbagai agama dan budaya.
"Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "
- Rahsia Penciptaan Buah Delima oleh Norkumala bt. Awang, IKIM
| Add a comment |
Anak Bijak, dari Kandungan Lagi
Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam, daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makanan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon. - Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia, Hamid Arshat.com| Add a comment |

