Displaying items by tag: dan

Vitamin C berperanan dalam mengekalkan kesihatan gigi, gusi dan tulang anda. Vitamin C juga dapat membantu mencegah jangkitan dan juga membantu menyembuhkan luka dan patah. Zat besi daripada sumber tumbuhan juga dapat diserap dengan sempurna dengan bantuan vitamin C.
Makanlah makanan berikut yang kaya dengan vitamin C: limau, jambu batu, betik, belimbing, mangga, tomato, kobis dan ulam seperti pucuk gajus, pegaga, daun salad, petai.
sumber: infosihat
Para bapa, tidak kiralah latar belakang, pendapatan ataupun budaya mereka, boleh memainkan peranan yang kritikal di dalam pendidikan dan perkembangan anak-anak mereka. Apabila para bapa melibatkan diri, anak-anak mereka boleh mempelajari dengan lebih banyak, prestasi akademik mereka di sekolah juga meningkat, dan mereka juga menunjukkan kelakukan yang lebih sihat. Walaupun sekiranya para bapa tidak berkongsi rumah dengan anak-anak mereka, penglibatan mereka yang aktif dan membina boleh memberi kesan yang lama dan juga positif terhadap kehidupan anak-anak mereka.
“Para bapa boleh menjadi penjaga yang terbaik apabila mereka bermotivasi tinggi. Para bapa boleh menyumbang kepada peningkatan kemahiran mental di dalam anak-anak mereka, meningkatkan empati, kurangnya stereotaip terhadap peranan pelbagai gender dan pengawalan diri yang lebih hebat,” tambah En. Oomar. “Bapa yang bertanggungjawab menjadikan keluarga yang kukuh dan anak-anak yang kuat!”
- Bapa berwibawa, keluarga kukuh, unicef, penterjemahan ke Bahasa Melayu oleh Anne Jamaludin.
SELAMAT HARI BAPA buat semua ayah, abah, baba, babah, papa, walid, bapak, pak, daddy, appa, pa
dari kami di Ratuhati.com
Panduan untuk merangsang, mendidik dan mendisiplinkan anak-anak.
Semua bayi menangis. Tetapi sesetengah bayi menangis lebih kuat dan lebih lama daripada bayi yang lain. Apa penyebabnya dan bagaimana untuk menenangkannya. Apa pula kolik?
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.
Nota ratuhati:
- Keberkesanan petua ini mengikut keserasian seseorang. Cara terbaik ialah menyusukan dengan kerap.
- Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.
Kecederaan yang biasa berlaku terhadap kanak-kanak di rumah adalah seperti jatuh, keracunan, lemas, terbakar, melecur, tercekik dan terkena kejutan elektrik. Ketahui tip dan pencegahannya...

Tumbuhan ulam atau sayuran yang tidak sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang berpantang seperti pucuk ubi kayu, kekacang, pucuk paku, kubis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu, dan air kacang soya. Makanan ini adalah bersifat sejuk dan tidak sesuai untuk para ibu. Terdapat juga makanan yang bersifat tajam dan berbisa seperti rebung, tebu, air kelapa, cuka, dan nanas. - TUMBUHAN DI DALAM AMALAN BERPANTANG MASYARAKAT MELAYU BAGI IBU YANG BARU BERSALIN, NOR ASIAH BT AMRAN

Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga cukup setahun mencuba sebelum mula menjalani pemeriksaan atau lebih awal sekiranya anda mempunyai simptom yang mungkin berkait dengan masalah kesuburan seperti gangguan kitaran haid, lelehan faraj berbau dan berulang serta sakit bahagian ari-ari. Suami juga digalakkan menjalani ujian air mani, terutama jika dia merokok. - Dr Adilah Ahmat, Belum Hamil Lepas Keluar IUD, Harian Metro