10 Cara Membantu Anak-anak Membuat Pilihan Makanan Sihat
Makanan yang sihat membantu tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Tabiat pemakanan yang sihat elok dimulakan sejak kecil lagi. Ini dapat mengurangkan pengaruh rakan dan juga media dalam mereka memilih apa yang patut mereka makan dan membantu mereka membuat sendiri pilihan yang baik. Ibu bapa boleh menyemaikan tabiat ini dan mengukuhkannya dengan pelbagai cara:
| Add a comment |
Petua Mengekalkan Kandungan Zat di dalam Makanan
Cara menyimpan, memasak dan menyediakan makanan perlulah betul supaya zat makanan dapat dikekalkan untuk keperluan tubuh badan kita.
Ketika menyediakan makanan:
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dibuang kulit atau dipotong.
- Elakkan membuang kulit atau memotong buah-buahan dan sayur-sayuran terlalu awal sebelum makan atau memasak.
- Elakkan daripada merendam sayur-sayuran atau buah-buahan yang telah dipotong di dalam air.
- Gunakan air yang sedikit dan jangan masak terlalu lama.
- Jika menggunakan air yang banyak untuk masakan yang berkuah, pastikan semua kuah dimakan bersama.
- Tutup periuk atau kuali ketika memasak makanan.
- Simpan makanan kering seperti biskut di dalam bekas yang kedap udara.
- Simpan makanan segar di dalam peti ais.
| Add a comment |
Makanan yang Membantu Hubungan Intim (Suami Isteri)
Makanan juga boleh mempengaruhi mood anda untuk hubungan intim.
Yang merosakkan mood, bawang merah, bawang putih dan durian.
Makanan yang membantu hubungan intim pula adalah:
* Lean foods seperti ikan bakar dan dada ayam kerana ia tidak menjadikan anda berasa “berat”.
* Coklat. Coklat melepaskan hormon endomorphins, giving you that feel good feeling.
* Buah-buahan mempunyai sifat segar dan sihat that can help couples get in the mood.
* Lain-lain makanan seperti madu dan stroberi mempunyai nilai seks yang errrrr…..sememangnya
- Kevin Zahri, Pakar Pemakanan dalam Panduan Kesihatan Seksual (Sexual Health Guide), kevinzahri.com
| Add a comment |
Menu Kebinasaan untuk Badan
Makan makanan tinggi lemak adalah tidak baik, tetapi jika ia diakhiri pula dengan secawan kopi maka semakin lengkaplah ia sebagai menu kebinasaan.
| Add a comment |
Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur
Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur anda kerana ia boleh bertahan selama 8 jam berbanding makanan cepat hadam yang bertahan cuma 3 ke 4 jam sahaja. Antara makanan lambat hadam ialah beras perang, barli, gandum penuh, oat, semolina, kekacang (seperti dal, kacang hijau), roti gandum penuh, capati, roti nan. Makanan ini juga dipanggil karbohidrat kompleks.
Manakala makanan yang cepat hadam antaranya makanan yang mengandungi gula atau tepung gandum biasa (warna putih).
tips dari: doctor2008.wordpress.com
| Add a comment |
Terapi Pemakanan untuk Polycystic ovary syndrome (PCOS)
Jika PCOS dikaitkan dengan lebih berat badan atau obesiti, menurunkan berat badan merupakan kaedah yang berkesan untuk memulihkan ovulasi/haid. Namun, ramai wanita yang rasa amat sukar untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Pemakanan rendah karbohidrat dan senaman yang berdisiplin mungkin dapat membantu. Sesetengah pakar mengesyorkan diet rendah indeks Glycemic di mana karbohidrat bersumberkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
Sumber: Polycystic ovary syndrome, wikipedia
| Add a comment |
Bahaya pewarna dalam makanan untuk Kanak-kanak
Gula-gula atau minuman yang mengandungi bahan campuran didakwa boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan mengelak anak-anak mereka mengambil makanan tersebut. Bahan atau campuran makanan itu merujuk kandungan bagi menambah nilai pemakanan, pengawetan, penstabilan atau pewarna alkali. Pengeluar dan pihak pengurusan pasar raya digesa mengelak penggunaan bahan campuran itu kerana bahan itu tidak mempunyai sebarang nilai dari segi khasiat. - Berita Harian, 10 Mei 2007 | Add a comment |
Cucilah Tangan Anda dengan Betul untuk Elakkan Jangkitan
Basuh tangan anda, sahabatku! Terutamanya jika anda seorang wanita kerana... tahukah anda, tangan wanita mempunyai lebih banyak jenis bakteria berbanding dengan jenis bakteria yang terdapat di tangan lelaki?
| Add a comment |
Migrain dan Makanan yang Harus Dijauhi
| Add a comment |
Keperluan Kalori Anak Ikut Berat Badan
Sebagai panduan puan dalam memastikan jumlah kalori yang diperlukan mencukupi bagi pembesaran anak puan, gunakan pengiraan yang mudah ini:Sekiranya anak puan mempunyai berat badan 10 kilogram (kg) ke bawah, ia memerlukan sebanyak 100kcal/kg sehari. Setiap kilogram pertambahan berat badan daripada 10 kg, tambahan kalori sebanyak 50kcal/kg sehingga berat badan mencecah 20 kg. Sekiranya berat badan melebihi 20 kg, pertambahan kalori bagi setiap kilogram berat selepas 20 kg ialah 20kcal/kg.
Sumber: PAKAR KANAK KANAK bersama Dr Norrashidah Abd Wahab, pakar Kanak-kanak dalam "anak enggan minum susu", Harian Metro
| Add a comment |

