Kajian-kajian sebelum ini menunjukkan, merokok, kegemukan dan pengambilan alkohol mengganggu peluang seseorang ibu untuk hamil. Jadi, mereka dinasihatkan supaya berhenti merokok, amalkan diet yang sihat, jangan minum alkohol dan makan asid folik.
Terdapat dua penanda yang digunakan untuk mengesan seseorang yang sedang tertekan; iaitu perembesan hormon adrenalin dan perembesan hormon cortisol.
Hormon adrenalin dikaitkan dengan tindakan untuk "melawan atau melarikan diri" apabila terdesak. Hormon kortisol pula dikaitkan dengan keupayaan untuk bertahan di dalam menghadapi tekanan yang berpanjangan.
Kajian ini membahagikan wanita-wanita yang menjalani kajian kepada empat kumpulan berdasarkan tahap kandungan alfa-amilase (salah satu komponen adrenalin) dalam darah mereka. Keputusannya, kumpulan yang mempunyai tahap alfa-amilase tertinggi mempunyai peluang 12% lebih rendah untuk hamil berbanding kumpulan yang mempunyai tahap alfa-amilase terendah.
Tiada perbezaan peluang untuk hamil bagi tahap kortisol yang berbeza-beza.
Sumber: High Stress Reduces Fertility
Rick Nauert PhD Senior News Editor
PsychCentral
Memang sudah diketahui umum, tekanan boleh mengurangkan peluang untuk hamil, tetapi kebanyakannya lebih bersifat anekdot atau melalui kaitan tidak langsung.

