Thursday, 28 July 2011 13:29

Wanita Minum Minuman Berkafein Sukar Hamil Berbanding Mereka yang Tidak Minum Minuman Berkafein. Featured

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(0 votes)

Kafein mengurangkan aktiviti otot di dalam tiub Fallopian yang membawa telur dari ovari seseorang wanita ke rahimnya. Kajian yang dilakukan di Sekolah Perubatan Nevada terhadap tikus ini boleh membuktikan bahawa meminum minuman berkafein boleh mengurangkan peluang untuk seseorang wanita itu hamil.

 

Telur-telur manusia sangat kecil, tetapi ia perlu mengembara jauh ke rahim seseorang wanita untuk disenyawakan. Walaupun ia merupakan proses penting untuk kehamilan berjaya, saintis tidak banyak mengetahui bagaimana telur ini berpindah melalui otot-otot di tiub Fallopian. Mereka membuat andaian cilia yang terdapat di lapisan tiub tersebut membantu ia dipindahkan dengan bantuan kontraksi otot di dinding tiub.

Dengan mempelajari tentang tikus ini, Ward dan kumpulannya menemui bahawa kafein memberhentikan rentak atau rima pergerakan sel di dinding tiub. Sel-sel ini bekerja bersama dengan kontraksi pada tiub, tetapi apabila ia terhalang, telur-telur ini tidak dapat dapat bergerak melalui tiub.

Jadi mari kurangkan minuman dan makanan berkafein untuk lebih peluang untuk hamil.

Rujukan:

Caffeine Consumption Linked to Female Infertility, Study Suggests

Last modified on Saturday, 20 August 2011 08:46
Login to post comments
You are here