LYN,
Putrajaya
TIADA masalah jika anda aktif kembali mengadakan hubungan seks setelah pendarahan berhenti dan suci hadas. Pencucian rahim ERPOC hampir sama kaedahnya dengan dilation dan curettage (D&C), malah ia tidak membabitkan prosedur membuka pintu rahim menggunakan dilator Hegar.
Cuma, kebanyakan doktor menasihatkan wanita yang baru menjalani prosedur cuci keguguran ini mengelakkan kehamilan untuk dua hingga tiga bulan agar kesihatan pulih kembali dan lapisan endometrium dalaman rahim pulih semula.
Ini juga dapat mengelakkan risiko uri melekat kuat (plasenta accreta) pada dinding otot rahim jika hamil kelak, yang boleh mendedahkan seseorang kepada risiko pembedahan ligasi saluran darah uterin dan membuang rahim jika berlaku pendarahan berlebihan.
Eloklah suami menggunakan kondom untuk tempoh ini.
Masa selamat hamil selepas keguguran, Harian Metro
PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

