Displaying items by tag: haid

Haid atau menstruasi adalah keluarnya darah dari vagina kerana luruhnya lapisan dinding rahim yang banyak mengandungi pembuluh darah. Kebanyakan senggugut berlaku apabila lapisan dinding rahim ini runtuh.

Ramai daripada kaum wanita merasa tidak selesa semasa tempoh ini, dan lebih separuh daripada mereka mengalami kesakitan untuk satu atau dua hari setiap bulan. Inilah punca nombor satu wanita tidak hadir ke sekolah dan tempat kerja mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan di Amerika Syarikat.

Add a comment
Published in Kesihatan
Wednesday, 11 July 2007 17:40

Hukum wanita dalam nifas potong kuku

al-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah (edisi Indon, Jld 1/130) menetapkan boleh. Jika tiada larangan dari AQ dan AsSunnah, maka ia kembali kepada hukum asal, iaitu tidaklah haram ataupun makruh. al-Sayyid menggunakan fatwa Atha' bin Abi Rabah, seorang tabi'in yang lahir pada tahun 24H. (S/J Al-Ahkam.net)

Add a comment
Published in Islam

Jika PCOS dikaitkan dengan lebih berat badan atau obesiti, menurunkan berat badan merupakan kaedah yang berkesan untuk memulihkan ovulasi/haid. Namun, ramai wanita yang rasa amat sukar untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Pemakanan rendah karbohidrat dan senaman yang berdisiplin mungkin dapat membantu. Sesetengah pakar mengesyorkan diet rendah indeks Glycemic di mana karbohidrat bersumberkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.

Sumber: Polycystic ovary syndrome, wikipedia

Add a comment
Published in Ingin Hamil
Tuesday, 22 July 2008 11:36

Dong Quai, Ginseng Wanita

Dong Quai merupakan herba yang berasal dari China dan terkenal sebagai 'ginseng wanita'. Ia digunakan oleh perubatan Cina dalam masalah berkaitan sakit puan, keletihan dan tekanan darah tinggi. Dalam masalah sakit puan, ia berfungsi menyeimbangkan sistem hormon wanita termasuklah mengurangkan senggugut, rawatan menopaus dan rawatan selepas bersalin. Anda masih tetap perlu berhati-hati mengambilnya walaupun khasiatnya banyak. Herba ini tidak sesuai untuk mereka yang hamil, darah haidnya banyak, cirit-birit, selsema, menyusu badan, atau menghidap kanser payudara.

Sumber:

  1. Dong quai (Angelica sinensis [Oliv.] Diels), Chinese angelica, MedlinePlus
  2. Dong Quai, By Cathy Wong, About.com
Add a comment
Published in Khasiat Makanan
Saturday, 08 December 2007 09:05

Seks Ketika Haid: Risiko Kesihatan dan Hukum

Seks ketika haid, Islam mengharamkannya, perubatan moden menyanggahnya.
Add a comment
Published in Kesihatan
Sindrom pra-haid adalah gejala fizikal, psikologi dan emosi yang boleh datang sehingga 14 hari sebelum seseorang wanita didatangi haid.
Add a comment
Published in Kesihatan
Monday, 09 June 2008 23:40

Haid Ibu Menyusu

Penyusuan ibu juga boleh menyebabkan seseorang wanita tidak datang haid. Ini disebabkan oleh paras hormon prolaktin yang bertanggungjawab bagi pengeluaran susu meningkat dan seterusnya mengganggu kawalan hormon yang menjaga pusingan haid.

Tempoh waktu bagi wanita yang tidak datang haid oleh sebab penyusuan, bergantung kepada beberapa faktor. Ada sesetengahnya langsung tidak datang haid selama dua tahun sepanjang masa dia menyusukan anaknya. Ada juga yang tidak datang haid tiga bulan sahaja, sesetengahnya datang haid tetapi tidak tentu masanya dan ada pula yang haidnya datang setiap bulan.

- Sumber: Apabila Haid Tidak Datang, hamidarshat.com

Add a comment
Published in Penyusuan Susu Ibu
Monday, 22 September 2008 09:03

Sedikit Pendarahan Antara Tanda Awal Kehamilan

Antara tanda kehamilan yang dialami oleh sesetengah wanita ialah sedikit pendarahan melalui vagina. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi (implantation), yang berlaku apabila telur yang telah dipersenyawakan melekat kepada dinding rahim - lebih kurang 10-14 hari selepas persenyawaan. Pendarahan ini biasanya berlaku lebih awal dengan warna darah yang lebih cerah dan kuantiti darah yang sedikit berbanding haid yang biasa dialami. Pendarahan ini biasanya tidak berlaku dalam jangkamasa yang lama seperti haid. Sesetengah wanita juga mengalami sakit seakan senggugut.

Early symptoms of pregnancy: What happens right away, MayoClinic

Add a comment

Hukum darah yang keluar sebelum bersalin.

Add a comment
Saturday, 02 April 2011 13:59

Betik Melancarkan Aliran Haid

Betul melancarkan aliran darah haid. Makan semangkuk buah betik semasa datang haid. Namun begitu, awasi kuantitinya jika tidak mahu kerap ke tandas, kerana betik boleh memberi kesan seperti laksatif.

Add a comment
Published in Petua Kesihatan
You are here