Tuesday, 05 May 2009 11:47

Maryam: Si Dara dan Ibu yang Mulia

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)

Tauladan

Maryam dan al-Quran

Maryam merupakan wanita yang paling diberi perhatian di dalam al-Quran. Beliau merupakan satu-satunya wanita yang namanya disebut secara khusus di dalam al-Quran. Daripada 114 surah dalam al-Quran, 8 daripadanya dinamakan dengan nama manusia, dan Maryam satu-satunya wanita yang diberi penghormatan ini.

Maryam Wanita Terpilih

Maksud: {xtypo_quote}Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu). "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk (surah Ali-Imran : 42-43){/xtypo_quote}

Salasilah

Salasilah

Maryam yang berbangsa Yahudi dan tinggal dalam masyarakat Yahudi merupakan puteri kepada Imran dan Hannah atau Hinnah. Imran merupakan seorang ulama di kalangan Bani Isra'il. 

Dia juga anak saudara kepada Nabi Zakaria. Maryam juga ibunda kepada Isa al-Masih.

Dalam Rahim
Di dalam al-Quran, kisah Maryam bermula sejak dalam rahim lagi. Ibunya mendapat berita tentang bayi suci ini melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi Zakaria. Maka, ibunya pun bernazar untuk menyerahkan anak dalam kandungannya ini kelak untuk berbakti kepada Allah di Baitul Muqaddis (Palestin)
Maksud: {xtypo_quote}(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: “Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadamu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (daripada segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadamu semata-mata), maka terimalah nazarku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (ali-Imran ayat: 35){/xtypo_quote} 

Lahirnya Maryam dan Doa Ibunya

Maksud: {xtypo_quote}Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan, dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan). (ali-Imran ayat: 36){/xtypo_quote}
Walaupun ibu Maryam melahirkan bayi perempuan (tidak seperti yang diharapkannya), namun itu tetap tidak menghalangnya daripada menunaikan nazarnya. 

Membesar

Diasuh oleh Insan Terpilih

Nabi Zakaria telah dipilih secara undian untuk mengasuh Maryam di Baitul Mugaddis. Baginda menjalankan amanah ini, dan beliau juga telah menyaksikan pelbagai keajaiban dalam hidup Maryam. 

{xtypo_quote}Maksud: Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". (surah Ali-Imran: 37){/xtypo_quote}

Apabila melihatkan Maryam dengan segala keajaiban itu, maka terbukalah hati Nabi Zakaria untuk memohon untuk punya zuriat walaupun dia sudah amat tua dan isterinya pula mandul. Allah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Dan lahirlah Nabi Yahya dari rahim isterinya yang telah tua.

Membesar Sebagai Wanita yang Teguh Imannya

Maryam merupakan seorang wanita suci yang sangat kuat berpegang pada agama dan ketauhidan kepada Allah.
{xtypo_quote}Allah swt telah menjadikan Maryam puteri kepada Imran iaitu ibu kepada Isa al-Masih sebagai simbol kepada kesucian dan kepatuhan kepada Allah serta membenarkan kalimah-kalimahNya. (al-Qaradhawi : 2000 ){/xtypo_quote}
Maryam juga dikhabarkan mempunyai rupa paras yang menawan dan sihat tubuh badannya.

Hamil

Tiada yang Mustahil dengan Kehendak Allah

Maryam mengalami banyak keajaiban dalam hidupnya. Dalam ketaatannya, perawan yang suci ini didatangi Malaikat Jibril dalam rupa bentuk manusia mengkhabarkan mengenai kehadiran ruh al-Quds dalam rahimnya. Maryam berdoa dihindari dari kejahatan dan berserah diri pada kehendak Tuhannya.

Maksud : {xtypo_quote}Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu), maryam binti Imran (ibu kepada Isa, seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki, tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka, Kami perintahkan Jibril meniupkan ke dalam tubuhnya dari roh (ciptaan) kami, dan (sekalipun Maryam hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran kalimah-kalimah Tuhannya serta kitab-kitabNya, dan ia menjadi dari kalangan orang-orang yang taat. (al-Tahrim  66 : 12 ){/xtypo_quote}
Maryam semakin kehairanan kerana belumpun dia melahirkan anaknya, dia sudahpun tahu untung nasib puteranya yang telahpun diberi nama. Maksud:

{xtypo_quote}Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) dari- Nya, namanya al-Masih Isa putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah), dan dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa, dan dia termasuk di antara orang-orang yang soleh. (QS. Ali 'Imran: 45-46){/xtypo_quote}

Dugaan Sepanjang Kehamilan

Maryam yang difitnah menjalani kehamilan yang sangat mencabar. Beliau mengasingkan diri dari keluarga dan masyarakatnya. Pergantungannya terhadap Allah sangat kuat sehingga Maryam dapat melaluinya berseorangan dengan tabah dan redha.

Bersalin

Tawakkal Maryam dan Pertolongan Allah

Melahirkan anak ibarat menyabung nyawa. Maryam - tanpa doktor, tanda bidan, jauh lagi daripada bantuan perubatan, menghadapi saat-saat melahirkan puteranya berseorangan. Bekalannya hanyalah keyakinan dan tawakkal kepada Allah:

Maksud: {xtypo_quote}(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: Janganlah engkau berdukacita (wahai Mariam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini. (Maryam 19 : 23-26){/xtypo_quote}

Nasihat untuk Maryam Saat Melahirkan

  • Jangan Bersedih
    Nasihat dalam surah Maryam ini selari dengan nasihat pakar kesihatan moden. Wanita yang mengandung dan sedang bersalin disyorkan supaya sentiasa dalam keadaan tenang dan mengamalkan sikap positif. Elakkan kesedihan dan tekanan.
  • Kurma
    Allah menasihatkan Maryam supaya makan kurma yang masak. Protin, karbohidrat dan fruktosa serta kandungan kalori yang tinggi dalam kurma membekalkan tenaga segera. Ini membantu dalam proses kelahiran. Selain itu ia mengandungi asid folik; keperluan penting ibu yang ingin dan sedang hamil. Kurma juga mengandungi vitamin dan zat galian lain yang penting untuk tubuh manusia seperti kalium, kalsium, zat besi, fosforus dan lain-lain.
  • Minum Air
    Allah juga memberitahu Maryam tentang anak sungai di bawah kakinya. Air, seperti juga kurma mempunyai pelbagai kelebihan. Terdapat juga kajian sains yang mengatakan bahawa manusia boleh hidup hanya dengan makan kurma dan minum air selama bertahun-tahun. Air juga diketahui amat penting untuk ibu mengandung dan juga ibu yang menyusukan anaknya.
  • Goncang Pohon Kurma
    Sedikit senaman digalakkan untuk ibu yang sedang mengalami sakit bersalin. Ada kajian mengatakan bahawa ibu boleh melakukan senaman ringan untuk memberi kesan positif terhadap otot-otot seterusnya membantu proses bersalin.

Isa

Isa, Bayi yang Membela Ibunya daripada Fitnah

Nabi Isa Alaihissalam antara manusia yang diberi boleh bercakap semasa bayi. Masyarakat dapat menerima semula Maryam selepas melihat bagaimana Allah berkuasa memberi mukjizat kepada seorang bayi untuk membela ibunya...

Maksud : {xtypo_quote}Kemudian baliklah dia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Mariam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya! Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat! Maka Mariam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian? Dia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Dia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil) dan Dia telah menjadikan daku seorang Nabi.  Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka. (Maryam 19 : 27-32) {/xtypo_quote}

Last modified on Wednesday, 06 May 2009 08:58
Login to post comments
You are here