Wednesday, 03 August 2011 13:11

Berat Ibu Hamil - Daripada Mana Datangnya Kilogram Itu? Featured

Written by  Ratuhati.com
Rate this item
(0 votes)

Terimalah hakikat, bagaimanapun proses mengandung biasanya memang akan membuatkan kita kelihatan lebih besar daripada biasa. Berat badan itu bukan hanya datang daripada bayi atau daripada tambahan lemak di badan ibu, tetapi ia datang daripada beberapa bahagian badan yang setiap satunya mempunyai fungsi menyediakan tapak yang kukuh dan sokongan yang sempurna untuk bayi membesar dengan sihat. Begitulah hebatnya ciptaan Tuhan.

Daripada mana datangnya berat itu?

 

• Bayi ketika lahir 3.3kg (7.3lb).

• Uterus yang membesar dengan dramatik sekali 900g (2lb).

•  Plasenta yang membantu menyalurkan makanan untuk bayi 600g (1.3lb).

•  Payudara yang membesar 400g (0.9lb).

• Kandungan darah meningkat sebanyak 1.2kg (2.6lb)

• Tambahan cecair dalam badan, dan juga cecair ketuban yang melindungi bayi, berat 2.6kg (5.7lb).

• Tambahan lemak untuk menyediakan tenaga untuk ibu menyusukan anaknya.  tambah 2.5kg (5.5lb) <-- ini antara sebabnya kenapa ibu-ibu mesti menyusukan anaknya selepas melahirkan ;-)

 

Kebanyakan daripada berat badan yang naik ini akan turun semula selepas ibu melahirkan anak.

Penambahan berat yang disyorkan, sila baca di sini.

Sumber: Babycenter

Last modified on Sunday, 31 July 2011 18:38
Login to post comments
You are here