Mengikut kajian mereka, risiko janin mati dalam kandungan meningkat 23% dan risiko kecacatan lahir 13% jika wanita hamil ini terdedah kepada asap rokok sama ada di tempat kerja atau di rumah.
Rumusan ini berdasarkan 19 kajian yang telah dilakukan dari Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia dan Eropah. Semua kajian ini memfokuskan kepada wanita hamil yang tidak merokok tetapi menjadi perokok pasif kerana mempunyai pasangan atau rakan sekerja yang merokok. Gabungan data-data daripada kajian ini mencadangkan terdedah kepada lebih daripada 10 batang rokok sehari sudah cukup untuk meningkatkan risikonya. [Nota: Cuba pula bayangkan jika anda bekerja dalam persekitaran yang ada 30 orang pekerja lelaki dan 20 orang daripadanya merokok!]
Dr Jo Leonardi-Bee yang mengetuai kajian ini mengatakan bahawa,
"Apa yang kita tidak tahu adalah sama ada ia adalah kesan daripada asap yang disedut oleh bakal ibu ini, atau asap yang disedut oleh bapanya yang memberi kesan kepada sperma atau kedua-duanya sekali."
"Risikonya berkaitan dengan jumlah rokok yang dihisap, jadi amat penting untuk kaum lelaki mengurangkannya. Untuk kebaikan anak dan isterinya lebih baik jika dia berhenti terus."
Andrew Shennan, profesor obstetrik di Hospital St. Thomas di London pula berkata: "Bahan kimia di dalam rokok diketahui meningkatkan risiko komplikasi kehamilan yang serius."
Passive smoking increases stillbirth risk, says study
BBC News, 12 March 2011
Bakal-bakal bapa patut berhenti merokok untuk melindungi anak di dalam kandungan isterinya dari risiko janin mati dalam kandungan atau kecacatan lahir, kata saintis dari Universiti Nottingham.

