{mosimage}
Pemilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak. Keberkesanannya banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut.
|
Kaedah |
Apakah Dia & Kaedah Penggunaan |
Anggaran Kehamilan |
Faedah |
Faktor Perlu Diambil Kira |
|
Pil |
Kombinasi hormon progestin dan/atau estrogen yang mencegah ovulasi, memekatkan lendir serviks, dan menghalang sperma. Untuk kesan efektif, ambil pada masa yang sama setiap hari |
0.5% (2 dalam 1000) |
• Berkesan & selamat |
• Estrogen + Progestin : selamat bagi kebanyakan wanita, kecuali perokok/ sejarah keluarga sakit jantung. Bekas pesakit kanser payudara/endometrial & darah beku juga tidak dibenarkan. Kesan sampingan, mual, sakit kepala, berat badan, sakit pada payudara. |
|
Suntikan Progestin dan Progesteron (Depo-Provera) |
Suntikan hormon setiap 3 bulan. Cegah ovulasi, pekatkan lendir serviks, halang sperma. |
0.3% (3 dalam 1000) tahun pertama |
• Berkesan, selamat, mudah |
Kesan sampingan, perubahan haid, berat badan dan sakit pada payudara. |
|
Implan"Norplant" |
6 kapsul kecil fleksibel (sebesar batang mancis) yang mengeluarkan hormon progestin beransur-ansur. Ditanam di bawah kulit lengan. Pemasangan ambil masa seminit.. |
0.1% (1 dalam 1000) tahun pertama |
• Selamat dan berkesan sehingga 5 tahun. |
Kesan sampingan, jerawat, pening, berat badan bertambah, sakit pada payudara. Terdapat juga kes penurunan nafsu syahwat dan keguguran rambut. |
|
Alat Dalam Rahim (ADR)/ Alat Instrauterin |
Alat kecil bentuk T dimasukkan dalam rahim yang mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. 2 jenis: Kuprum & berhormon (Progesteron) |
3-5% tahun pertama |
• Mudah dan berkesan |
• IUD Progestin (Mirena) biasanya dapat kurangkan aliran haid & senggugut. Kesan sampingan, perubahan mood, sakit pada payudara. |
|
Kondom |
Diperbuat daripada getah, plastik atau membran semula jadi. Patut digunakan bersama spermisida. Elakkan penggunaan pelicin bersifat minyak. Pakai buang. |
3-5% |
• Tanpa ubat |
Mungkin mengganggu hubungan seks. |
|
Span |
Mengeluarkan gel spermisid dan menghalang, membunuh atau merencatkan pergerakan sperma ke uterus. Dimasukkan sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan sehingga 24 jam selepas itu. |
belum pernah bersalin: |
• Tanpa preskripsi |
Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span. |
|
Diafragma |
Saiz boleh ubah. Halang sperma masuki uterus. Digunakan bersama spermisid. Boleh dibiarkan 6 jam tetapi perlu dibubuh semula jika hubungan seks hendak dilakukan lagi. |
20% kegunaan biasa |
• Tiada kesan fizikal |
Tidak sesuai bagi wanita yang alah kepada latex. |
|
Penghalang Serviks/ Servical Cap |
Seperti diafragma. Saiz boleh ubah. Digunakan bersama spermisida. Perlindungan 48 jam & dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. |
18% kegunaan biasa |
|
Jangan gunakan lebih 48 jam kerana risiko sindrom kejutan toksik serta boleh hasilkan bau dan discaj yang busuk. |
|
Spermisid |
Dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Membunuh, merencat keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Jangan basuh spermisida selepas bersama 6-8 jam supaya semua sperma mati. |
26% kegunaan biasa |
• Mudah digunakan |
Tidak sesuai bagi mereka yang alah terhadap spermisid. |
|
Ritma/Masa Selamat |
Elak seks/seks tanpa perlindungan pada hari subur. Perubahan mukus membran serviks dan suhu badan dicatat sekurang-kurangnya 2 bulan melalui kaedah kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks & simptomtermal. |
25% |
• Tanpa ubat |
• Berisiko tinggi hamil jika tidak berhati-hati. |
|
Azal (Withdrawal) |
Suami mengeluarkan kemaluan dari faraj sebelum ejakulasi |
27% kaedah biasa |
• Tanpa ubat |
Keberkesanan bergantung keupayaan suami keluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi. |
|
Ligasi dan Vasektomi
|
Pembedahan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau tiub fallopian yang membawa telur (wanita). |
0% |
Sangat berkesan |
• Prosedur ke atas wanita lebih rumit, berisiko dan mahal berbanding lelaki. |
|
Ketidaksuburan & tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM) |
Penyusuan eksklusif dan belum datang haid selepas bersalin. merangsang hormon prolaktin dan menyekat hormon gonadotrofin yang perlu untuk melepaskan telur dari ovari. |
1.5% selama enam bulan selepas kelahiran |
• Pengecutan rahim lebih cepat |
Penyusuan eksklusif adalah bayi menyusu on-demand, hanya diberikan susu ibu tanpa cecair lain dan makanan pelengkap. |
|
Menggelakkan persetubuhan (Abstinence) |
Mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan |
0% |
|
Memerlukan motivasi tinggi daripada kedua-dua belah pihak. |
Rujukan :
- Kaedah Merancang Kehamilan, Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim, Pusat Racun Negara, Dewan Kosmik
- Risalah “Kaedah Kontraseptif ”, Bahagian Pendidikan, Kementerian Kesihatan Malaysia
- Birth Control, WebMD
- Plannedparenthood.com
Kredit: gambar dari aquavpc.com

