Thursday, 06 March 2008 22:14

Posisi Tidur Semasa Hamil

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)
Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga.
Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:
  • Saiz perut yang semakin besar
  • Sakit belakang
  • Pedih ulu hati
  • Sukar bernafas
  • Insomnia

Posisi yang terbaik

  • {mosimage}Tidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi.
  • Bengkokkan kaki anda.
  • Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
  • Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal.
  • Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda (daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.

Posisi yang harus dielakkan

  • Tidur terlentang
    Boleh menyebabkan masalah sakit belakang, pernafasan, penghadaman, sembelit, pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.
  • Tidur meniarap
    Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap.
Last modified on Thursday, 06 March 2008 22:27
Login to post comments
You are here