Monday, 13 October 2008 19:22

Pemakanan Tinggi Asid Lemak Trans Boleh Mengakibatkan Keguguran Janin

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)

Asid lemak trans bukan sahaja boleh menyumbatkan arteri dan mengakibatkan penyakit kardiovaskular, ia juga boleh meningkatkan risiko keguguran janin di kalangan ibu hamil.

Asid lemak trans ini banyak didapati dalam makanan berproses yang biasanya ditulis sebagai 'partially hydrogenated oil' di dalam label kandungannya. Syor pemakanan semasa mencadangkan supaya dihadkan pengambilan lemak trans kepada 1 peratus daripada jumlah keseluruhan kalori yang diambil.

Kajian sebelum ini juga mendapati ada hubungan antara pemakanan tinggi asid lemak trans dan peningkatan ketahanan insulin. Ini menyebabkan penambahan aktiviti 'plasminogen activator inhibator', yang boleh mengakibatkan kehilangan janin.

Sumber: Diet high in trans fats linked to miscarriage, Reuters, updated 5:27 p.m. ET Sept. 18, 2008

Last modified on Thursday, 11 June 2009 18:06
Login to post comments
You are here