Menu Kebinasaan untuk Badan
Makan makanan tinggi lemak adalah tidak baik, tetapi jika ia diakhiri pula dengan secawan kopi maka semakin lengkaplah ia sebagai menu kebinasaan.
| Add a comment |
Kebaikan Menderma Darah
Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
“Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro
Ikuti perbincangan di forum mengenai Derma Darah
| Add a comment |
Bayam Merah untuk Tekanan Darah Rendah
Bayam merah sangat bagus untuk mengubati penyakit tekanan darah rendah. Didihkan 2 liter air bersama bawang merah dan ikan bilis untuk lebih rasa. Masukkan bayam merah secukupnya. Rebus sehingga bayam masak. Makan sup ini bersama daun bayam tersebut selama 3 hari.| Add a comment |
Pendarahan Semasa Hamil
Pendarahan semasa hamil tidak boleh dipandang ringan. Ada pendarahan yang merupakan tanda bahaya dan amaran, tetapi ada juga yang tidak membahayakan. kuti artikel tulisan Prof Madya Dr Shah Reza Johan Noor ini seterusnya.
| Add a comment |
Sedikit Pendarahan Antara Tanda Awal Kehamilan
Antara tanda kehamilan yang dialami oleh sesetengah wanita ialah sedikit pendarahan melalui vagina. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi (implantation), yang berlaku apabila telur yang telah dipersenyawakan melekat kepada dinding rahim - lebih kurang 10-14 hari selepas persenyawaan. Pendarahan ini biasanya berlaku lebih awal dengan warna darah yang lebih cerah dan kuantiti darah yang sedikit berbanding haid yang biasa dialami. Pendarahan ini biasanya tidak berlaku dalam jangkamasa yang lama seperti haid. Sesetengah wanita juga mengalami sakit seakan senggugut.
Early symptoms of pregnancy: What happens right away, MayoClinic
| Add a comment |

