Penambahan berat badan berlebihan semasa mengandung menambahkan risiko menjadi obes dan mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi pada masa akan datang.[1]
Oleh itu, amalkan pemakanan sihat dan awas akan pertambahan berat badan yang melampau terutamanya jika sebelum hamil, ibu adalah seorang yang dalam kategori obes. Berikut adalah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan penambahan berat badan.[2]
| Add a comment |

Mengurangkan pengambilan karbohidrat boleh melenyapkan lemak-lemak yang melekat di sekeliling pinggang, walaupun berat badan mungkin tidak berkurang. Ini penemuan terbaru!
Apabila disertai dengan penurunan berat badan, amalan diet rendah karbohidrat juga berjaya membantu menurunkan kandungan lemak badan secara keseluruhan, kata Barbara Gower, PhD, profesor sains nutrisi di Universiti Alabama, Birmingham.
| Add a comment |
Internet telah mencipta dunia tanpa sempadan dengan menyediakan sumber maklumat yang hebat, bebas dan terkini. Anak-anak boleh mencari bahan untuk kerja sekolah, berhubung dengan guru dan rakan, dan bermain permainan interaktif. Kanak-kanak yang sudah berkebolehan menaip huruf pula, sudah boleh membuat capaian ke seluruh dunia dengan enjin carian. Namun, kelebihan internet ini juga datang dengan risikonya.
| Add a comment |
LIPAS, kalau lapar, akan memakan apa sahaja; gam, sabun buku, kertas, dan tentu sekali makanan! Bayangkan pula, si lipas merayap dalam kediaman kita, dan kemudian hinggap pula di badan. Tiada siapa yang suka.
| Add a comment |
Infertiliti adalah kegagalan untuk hamil setelah setahun mencuba. Pakar-pakar tidak dapat menerangkan kenapa kadar infertiliti meningkat dua kali ganda semenjak 25 tahun lampau, tetapi tiga faktor yang ketara: tren lambat melangsungkan perkahwinan sehingga melampaui usia subur, meningkatnya penyakit kelamin dan penghasilan sperma yang berkurangan diketahui mempengaruhinya.
| Add a comment |

Banyak kajian yang mengesahkan impak positif jika seseorang bapa banyak menghabiskan masa bersama anaknya. Anak-anak begini:
- punya lebih sikap yakin diri dan kurang rasa resah dengan keadaan baru
- punya sikap positif berhadapan dengan kekecewaan
- lebih berdikari
- lebih kemungkinan untuk membesar sebagai orang dewasa yang punya sifat belas kasihan
- mempunyai harga diri yang tinggi
- lebih cemerlang dalam pelajaran (gpa lebih tinggi)
- lebih pandai bersosial.
Terima kasih bapa kerana menjadikan kami anak yang hebat seperti hari ini. Terima kasih bapa-bapa muda hari ini kerana pengaruh positif kalian bakal mencorakkan anak-anak yang hebat pada masa akan datang.
| Add a comment |
Kajian oleh saintis dari Simon Fraser University di Kanada menunjukkan bahawa membuang habuk yang berada di dalam rumah merupakan cara terbaik untuk mengelakkan kanak-kanak terdedah kepada bahan kimia berbahaya di rumah. Habuk di rumah merupakan sumber utama pendedahan kepada bahan kimia bertoksik termasuk plumbum yang berbahaya untuk perkembangan otak. Ia juga dikaitkan dengan masalah pembelajaran dan tingkah laku, asma, kanser dan kecacatan semasa lahir.
| Add a comment |
Tarikh: 26 Jun 2011
Masa: 8.00 pagi - 1.oo petang
Tempat: Kompleks Marina, Tajung Emas, Muar
Fasilitator: Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
Pelaburan (untuk rumahtangga bahagia inshaAllah): Individu RM15, Berpasangan RM25
Anjuran: Pertubuhan IKRAM
Klik untuk versi besar.
| Add a comment |
Semasa hamil sangat penting untuk ibu-ibu menjaga diet mereka. Ambil makanan sihat yang seimbang untuk kesihatan ibu dan juga janin.
Pertambahan berat badan semasa hamil penting untuk tumbesaran dan perkembangan janin. Tetapi jika ianya berlebihan daripada yang sepatutnya ia berkemungkinan menyebabkan seseorang wanita menjadi obes dan badan berubah menjadi seperti bentuk sebiji epal.
| Add a comment |
Putih telur dapat mengecilkan pori-pori pada wajah. Setelah melakukan masker putih telur, wajah akan terasa lebih tegang dan halus. Protein yang terdapat pada telur membantu melembabkan kulit dan mempercepatkan proses regenerasi kulit wajah. Caranya, pecahkan telur ke dalam mangkuk. Asingkan kuning dan putih telur. Gunakan putihnya sahaja. Sapukan putih telur ke seluruh wajah, elakkan kelopak mata serta sekitar bibir. Perawatan ini juga boleh menghilangkan bintik-cintik hitam kerana terbakar matahari dan juga mengatasi kulit berminyak atau kering.
Perkongsian dari Villiant di Scrub dan Mask Tradisional di forum Ratuhati
| Add a comment |


