Ubat Gigi Hilangkan hanyir Ikan di tangan
Setelah menyiang atau membasuh ikan biasanya tangan anda pasti berbau hanyir. Untuk menghilangkan hanyir ini, lumur tangan anda dengan ubat gigi. Kemudian bilas bersih.| Add a comment |
Memilih Tembikai
Jika anda hendak membeli tembikai, pilih yang bentuknya bulat bersimetri atau lonjong. Kulitnya licin tanpa rekahan, lebam atau kesan lembut dan bahagian bawahnya yang mencecah tanah berwarna sedikit kekuningan. Tembikai yang baik juga mempunyai bau yang ranum dan beratnya sesuai dengan besarnya.| Add a comment |
Pikat Suami, Pakailah Baju Merah
Warna merah cenderung dikaitkan dengan perasaan cinta yang membara, begitu juga sambutan Hari Kekasih dan beberapa upacara ritual seperti masyarakat India yang memilih warna merah sebagai busana pengantin mereka. Setelah melakukan lima ujikaji psikologi, seorang professor dan pelajar psikologi mendapati bahawa pakaian warna merah membuatkan seseorang lelaki rasa lebih tertarik kepada wanita tersebut berbanding warna-warna lain. Lelaki ini juga tidak perasan yang warna merah itu yang memainkan peranan dalam 'penggodaan' tersebut.
- Red Enhances Men's Attraction To Women, Psychological Study Reveals, ScienceDaily (Oct. 28, 2008)
| Add a comment |
Petua Menguruskan Badan dan Mengurangkan Lemak dalam Badan
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya,ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
Encik Ahmad, urutdanrawat
Sila cuba, dan beritahu hasilnya :-)
| Add a comment |
Haluskan Kulit dari Luar dan Dalam dengan Tomato
Anda boleh menghaluskan kulit anda dengan menggunakan bahan di dapur sahaja. Murah, mudah dan semulajadi :-)
Ambil sebiji tomato. Potong dan ramas sehingga hampir hancur. Minum jusnya dan hampasnya letakkan di muka. Biarkan 10 ke 15 minit di muka sebelum membilasnya. Ia menghaluskan kulit anda dari luar dan jusnya menghaluskan kulit anda dari dalam. Sesuai untuk kulit normal dan berminyak.
Kredit kepada jbjlo_ras di forum Ratuhati.
| Add a comment |
Lakukan Rawatan Muka di Rumah dengan Susu
Tak perlu berbelanja mahal di spa untuk rawatan muka yang asas. Anda boleh lakukannya di rumah dengan bahan yang mudah di dapati di rumah. Hanya susu dan sedikit air. Campurkan 1/4 cawan susu tepung dengan air secukupnya untuk membuat adunan topeng muka yang pekat. Sapukan di keseluruhan muka (kecuali mata dan bibir). Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Kulit anda akan rasa segar dan bertenaga.| Add a comment |
Petua Kempiskan Perut Dalam Masa Sebulan
Perut yang buncit boleh dikempiskan dalam masa sebulan. Petuanya, minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain. Selepas itu, bersihkan perut dgn air suam untuk buka liang-liang roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sirih. Kemudian, balut perut dengan bengkung avon yang simple tu. Buat tiap-tiap hari (sama ada siang atau mlm), paling cantik kalau baru bersalin (belum sampai 6 bulan) sebab perut tengah lembut. - mamarocks, dalam forum susuibu.com
| Add a comment |
Petua Menjaga Mata Supaya Tak Mudah Rosak
Untuk menjaga mata anda supaya terang cuba amalkan petua ini ketika hendak mandi pagi menggunakan air pancur. Tatkala air dari ubun-ubun jatuh ke kelopak mata, biarkan air tersebut memasuki mata dan berselawatlah. InshaAllah mata tak mudah rosak.Petua dari: Mohd Zamrie Md Ariff dalam Sahabat Interaktif (sim)
| Add a comment |
Khasiat Teratai dalam Perubatan
Teratai bukan sahaja cantik di mata, tetapi mempunyai pelbagai khasiat, antaranya merawat insomnia atau tidak dapat tidur malam, mengurangkan tekanan, merawat demam dan juga cirit-birit.
Untuk mengatasi insomnia - Gunakan lima hingga 12 gram biji teratai direndam hingga lembut. Kemudian rebus secukupnya. Minum air bersama biji teratai.
Untuk mengurangkan stress - Gunakan 20 butir biji teratai dan 15 gram longan. Direbus dan diminum.
Untuk merawat demam - Ambil 30 gram ubi teratai, 15 gram tebu yang dibuang kulit, sebiji buah pir. Bahan ini dikisar dan diminum.
Untuk merawat cirit-birit - Ambil 50 gram ubi teratai, 10 gram halia. Tambahkan air dan kisarkan. Didihkan jus ini dan tambah sedikit madu.
Sumber petua - Kosmo
| Add a comment |
Mengelakkan Tabiat Menggigit Kuku
Ada sesetengah kanak-kanak mempunyai tabiat menggigit kuku. Ada beberapa cara untuk mengelak kanak-kanak daripada melakukan tabiat ini. Cara pertama adalah melakukan perubahan kepada sikap itu sendiri iaitu menggantikan tabiat itu dengan aktiviti yang lebih berfaedah serta menarik seperti melukis, menulis dan mewarna.
Cara kedua ialah mengadakan penghalang fizikal seperti memastikan kuku sentiasa dipotong pendek, gunakan sarung tangan untuk menghalang daripada menggigit kuku atau letakkan pengilat kuku berperasa pahit di kuku. Pakar psikologi kanak-kanak boleh membantu dalam perawatan ini.
- Dr Norrashidah Abd Wahab, PAKAR KANAK KANAK, Harian Metro
| Add a comment |

