Melur Jelita
Melur Jelita

Melur Jelita (5)

Melur Jelita dikenali dengan trademark Jelita dan Kelab Jelitawans. Peminat bunga Melur sejati. Founder dan owner MelurJelita.com.

Thursday, 12 August 2010 11:20

Melatih Anak Berpuasa di Bulan Ramadhan

Written by Norlaili Salleh

Assalamualaikum jelitawans yang dikasihi.

Dalam sehari dua lagi kita akan berpuasa, insyaALLAH. Eloklah kita mula melatih anak – anak berpuasa seawal usia yang mungkin. Tidak perlu tunggu mereka akil baligh, takut– takut dah terlalu lewat sehingga menyebabkan mereka enggan berpuasa. Yang dirisaukan keengganan berpuasa membawa sampai ke tua!

Add a comment
Thursday, 22 April 2010 03:14

AWAS!! Jangan Sentuh Anak Saya!

Written by Norlaili Salleh
  • Seorang gadis dalam perjalanan pulang dari sekolah melalui jalan yang sibuk di tengahari diheret dan diperkosa di bawah jambatan tanpa disedari.
  • Seorang pemandu bas meletakkan sekeping cermin di bawah lantai basnya semata-mata ingin mengintip seluar dalam kanak-kanak sekolah yang memakai skirt.
  • Seorang pelajar lelaki sekolah menengah sengaja meriba seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 9 tahun sambil meramas anggota sulit kanak-kanak malang tersebut.

Apa yang disebut di atas bukannya rekaan, tetapi adalah kisah benar yang tidak disebut dengan jelas untuk menutup aib mangsa-mangsa tersebut.

Add a comment

Assalamualaikum Jelitawans yang bijak laksana dan mr jelitawans yang bijak laksamana,

Ini kisah seorang insan yang terpilih

Jelitawan malang ini bersuamikan seorang pengecut rupanya. Sangat pemurah dengan pelempang dan penyepak. Salah sikit, lempang. Lambat sikit, dapat penyepak. Menjawab dapat penumbuk. Tidak menjawab, hadiah bonus kena seligi kepala. Bini dah jadi macam punching bag. Malam-malam nak pakai, tahu pula mencari!

Add a comment
Saturday, 02 April 2011 02:37

Sayangkan Anak Tangan-tangankan

Written by Norlaili Salleh

Assalamualaikum Jelitawans yang bijak laksana dan Mr Jelitawans yang bijak laksamana,

Seorang tukang urut pernah memberitahu saya , berhati-hati kalau nak merotan anak. Elakkan merotan anak. Kalau nak didik sangat anak dengan cara merotan, maka rotan hanya di tapak kakinya. Itu saja. Bahagian badan lain sangat dilarang terutama di muka, punggung, peha dan betis. Muka kerana ia paling sensitif dan paling sakit. Punggung, peha dan betis kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan sistem peranakan, tak kira anak lelaki atau perempuan. Katanya, pukulan di bahagian tersebut juga boleh mengakibatkan mandul.

Add a comment
Saturday, 02 April 2011 02:32

Tips Mengubati Kekecewaan Anak

Written by Norlaili Salleh

Assalamualaikum Jelitawans yang bijak laksana dan Mr Jelitawans yang bijak laksamana,

Anak kelam kabut balik dari sekolah pukul 3 petang, terus tukar baju dan solat zohor, tanpa mandi dan makan dihantar dengan segera oleh Mr jelitawan ai ke Dewan Kompleks Sukan USM. Sampai dalam pukul 3.38 petang, lewat 8 minit. Dalam pukul 5.30 petang, dia balik, monyok je.

Add a comment
You are here