Dia datang ke meja komputer dan bercakap dengan saya yang sibuk menaip AWAK SUKA SAYA TAK?
” Ibu, kakak tak terpilih mewakili sekolah. Cikgu pilih orang lain. Kenapa cikgu tak pilih kakak. Padahal ramai juga yang tak pandai main tapi cikgu pilih. Cikgu tak nak beri peluang untuk kakak main sekali lagi. Yang cikgu pilih semua cikgu kenal baik. Tapi tak apa la, kakak tak kesah. Kakak nak belajar bersungguh- sungguh. Lepas ni tak ada badminton lagi dah.”
Saya tak terkejut dia tak terpilih. Dah agak dah mesti tak dapat punya. Minggu ni nak dibuat pemilihan, minggu lepas baru nak beli raket badminton. Berlatih sekali dua je. Pukul shuttle pun tak pandai. Siapa suruh tak minta ibu ajarkan? Ibu ni peminat Misbun Sidek dulu. Kalau saya jadi cikgu pun, saya takkan pilih. Sure kalah punya…he he he
Saya perhatikan mukanya bila saya perasan suaranya sebak…Dia sedang cuba menguatkan dirinya. Hati seorang ibu…
Saya tarik dan peluk dia.
” Tak apa. Tak terpilih wakil badminton , tak apa. It’s not the end of the world. Banyak lagi kakak boleh capai kalau kakak bersungguh-sungguh. Kalau dah suka badminton tu, teruskan je. Main sampai pandai dan cekap. Dipilih itu satu bonus tetapi yang penting kakak sihat dan cergas.”
” Tapi kakak dah main sungguh-sungguh…cikgu yang tak pilih.”
” Cikgu pilih yang terbaik. Ada yang boleh main lebih baik dari kakak, mesti cikgu pilih yang itu. Kan wakil pasukan, mesti nak menang. Kalau pilih kakak, mungkin kalah. Nanti kakak lagi sedih sebab kalah kan.”
” Ya la….” masih sedih, mata mula berair pulak. Macam tu la sikapnya dari kecil, masuk apa-apa mesti nak menang. Kalau kalah, pasti tak puas hati. Menangis beria-ia.
Kadang-kadang saya mati akal. Tak tahu macam mana nak pujuk. Nak beri kesedaran, bahawa pertandingan itu pasti ada kalah menangnya.
Saya berharap ada Jelitawans yang bijak laksana dan Mr Jelitawans yang bijak laksamana boleh memberi tips atau pandangan bagaimana nak mengubat kekecewaan anak-anak. Mereka yang berjiwa rapuh ini, kadang-kadang mengambil jalan singkat, antaranya membunuh diri, nauzubillah. Dapat result teruk pun, nak bunuh diri, putus cinta pun nak bunuh diri dan sebagainya.


