Dengan esak tangis bercerita dengan saya. Seksanya hidup macam zaman Jepun. Depan orang pijak semut pun tidak mati. Sembahyang dan masjid tidak pernah tinggal. Pelik pula. Ibadahnya itu tidak menjadi pendinding diri dari sifat buruk ke?
Bagi saya, senang sahaja. Lapor polis atau Mahkamah Syariah. Buat pemeriksaan doktor, ambil gambar sebagai bukti. Apa gunanya hidup bersuami isteri tetapi hak seorang isteri tidak dihormati?
Nasihat diminta, sudah diberi. Tinggal mahu dengan tidak sahaja. Tetapi jelitawan teragak-agak. Masih sayang suami dan tidak mahu anak-anak tiada berbapa. Terpulanglah, ikut kehendak hati. Sendiri merasa, sendiri menanggung. Bukannya tidak simpati . Setiap masalah ada penyelesaiannya. Paling mudah, DIA kan ada. Mohonlah kepada Allah sesugguh hati. Walaupun begitu, berserah tanpa usaha tidak menjadi juga.
” Pakai bomoh boleh ke Kak Melor? ”
” Weiii…jangan dicari bala dan penyakit. ”
” Jangan sesekali meminta tolong pada bomoh. Silap- silap, umpama lari dari mulut harimau masuk mulut buaya.”
Ingat makanan sahja ke kena ada cap HALAL JAKIM? Bomoh pun kena cari yang HALAL, SUCI , MURNI DAN GUNAKAN TANPA WAS – WAS! Tetapi setahu saya tiada bomoh yang ada kualiti demikian. Lebih baik, jauhkan diri segera!
Mintalah pertolongan dari Allah, DIA-lah sebaik-baik penolong. DIA tidak pernah menghampakan doa hamba-NYA.
Kepada suami yang kaki pukul, adakah anda merasa cukup jantan dengan membelasah isteri? Kena isteri yang tidak kuat iman, memang terus kena bomoh betul! Barulah tahu langit tinggi atau rendah. Dari menghabiskan duit beribu dan berkenduri sakan semata-mata nak terajang isteri, lebih baik beli punching bag banyak-banyak, boleh buat berlatih tumbuk – tumbuk. Semoga dengan latih tubi itu, manalah tahu anda dapat mengalahkan The Rock. Pasti nama Malaysia harum kerana anda.
Pukul bini, mana macho bang? Itu sifat pengecut lagi dayus. Dari menghabiskan kudrat membelasah isteri, kan lebih baik menjadi sukarelawan lawan Israel! Barulah tahu awak itu berani setara mana. Dah la masuk Melurjelita.com, silap hari bulan kalau tak ubah perangai, nahhhhh..frontpage ko! Jenuh la mencari baju, suratkabar atau belakang polis nak menyorok!
Jadi macam Mr Jelitawans kan bagus! kan…

