Ratuhati
Ratuhati

Ratuhati (10)

Saturday, 04 June 2011 20:08

Sumbang Artikel untuk Ratuhati.com

Written by Ratuhati.com

Langkah-langkah Menghantar Artikel

Untuk menyumbangkan artikel ke Ratuhati.com, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk dahulu di bahagian kanan laman web. Jika belum daftar, sila daftar dahulu di sini.
  2. Klik Add new item di bahagian module log masuk tadi.
  3. Taip tajuk (Title) artikel. Gunakan tajuk yang tepat dengan isi kandungan.
  4. Pilih kategori bersesuaian.
  5. Taip isi kandungan di bahagian Content. Format jika perlu untuk memudahkan pembacaan.
  6. Semak semula isi kandungan.
  7. Klik Save selepas berpuas hati.
  8. Selepas keluar mesej: You don't have the permission to publish items. dan Item saved, klik icon Cancel.
  9. Artikel anda akan disemak kesesuaiannya dan disunting oleh Editor Ratuhati sebelum diterbitkan.

Syarat-syarat Artikel Ratuhati

Ikuti syarat-syarat berikut supaya artikel anda dapat disiarkan.

  1. Artikel hendaklah ditulis oleh penulis sendiri.
  2. Artikel adaptasi dibenarkan, tetapi hendaklah diberitahu rujukan artikel asal.
  3. Gunakan bahasa yang baik, dengan ejaan yang betul.
  4. Sertakan rujukan jika ada.
  5. Sertakan gambar jika ada. Gambar hendaklah kepunyaan anda sendiri atau hak awam. Jika tidak, nyatakan sumbernya.
  6. Artikel hendaklah berkenaan dengan Ratuhati.
  7. Artikel tentang isu sensitif agama, kaum, kebencian, ganas, lucah dan tidak bermoral adalah tidak dibenarkan.
  8. Ratuhati berhak menerima, mengedit (selagi tidak lari maksud dan tujuan penulisan), menerbitkan artikel yang ditulis untuk Ratuhati.com.
  9. Ratuhati juga berhak menolak dan membuang artikel yang didapati tidak bersesuaian dengan imej Ratuhati.com

Menghantar Gambar Bersama Artikel

Gambar dapat menceriakan satu-satu artikel. Untuk menghantar gambar ikuti langkah berikut:

  1. Selepas menyimpan (save) artikel, pergi ke bahagian tab Images, dan browse untuk gambar berkenaan. Save untuk memuatnaiknya ke laman ratuhati.
  2. Anda juga boleh menggunakan cara kedua, iaitu di bahagian bawah Content Editor, klik Image dan browse. Klik start upload. Tunggu sehingga proses muat naik selesai dan pilih gambar yang telah dimuat naik tadi. Susun alignment gambar di artikel dan Klik insert.

Hak Cipta Artikel yang Dihantar

  1. Semua artikel adalah tetap menjadi hak milik anda, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam keadaan yang khusus.
  2. Anda bebas menerbitkannya di laman web lain, bercetak atau apa cara sekalipun, melainkan dinyatakan sebaliknya.

Nota: Ratuhati dan Ratuhati.com di atas adalah dimaksudkan sebagai laman web Ratuhati.com atau pihak Ratuhati.com. Mengikut kesesuaian konteks penggunaan.

Add a comment
Friday, 27 May 2011 02:05

Badge Ratuhati

Written by Ratuhati.com

Letakkan badge ratuhati di web anda.

Banner ratuhati.com!
Paste Kod ini di blog/ web anda. Terima kasih ;-)
<div><a href="http://www.ratuhati.com/"><img src="http://www.ratuhati.com/images/stories/promo180.gif" border="0" alt="Banner ratuhati.com!" width="180" height="135" /></a></div>
Add a comment
Thursday, 26 May 2011 08:59

Syarat mengiklan di Ratuhati.com

Written by Ratuhati.com
  1. Produk dan servis adalah halal dari sudut syariah dan undang-undang
  2. Produk dan servis adalah bersesuaian dengan Ratuhati.com
  3. Pengiklan hendaklah menyertakan maklumat diri dan/ atau syarikat untuk rekod Ratuhati.com
  4. Iklan akan disiarkan selepas bayaran lengkap diterima dan bukti pembayaran disertakan ke pihak Ratuhati.com
  5. Pengiklan yang diketahui menipu pembeli akan ditamatkan kontrak serta-merta. Bukti hendaklah disertakan.
  6. Bayaran iklan di forum adalah untuk satu topik sahaja. Jika mahu topik kedua atau lebih, bayaran lain dikenakan.
  7. Pihak Ratuhati.com berhak menamatkan kontrak pengiklanan sekiranya pihak anda melanggar peraturan syarat-syarat pengiklanan.
  8. Pihak Ratuhati.com tidak bertanggungjawab terhadap segala tuntutan perundangan, kerugian, dan perbelanjaan lain yang timbul akibat pengiklanan tersebut.
  9. Pihak Ratuhati.com boleh mengubah, menggantung atau meminda sebarang iklan yang dirasakan perlu, juga untuk menerima dan menolak sebarang pengiklanan.
  10. Pihak Ratuhati.com tidak mengamalkan sistem pulangan wang kepada pengiklan jika pengiklan merasakan melalui kaedah pengiklanan ini tidak sesuai dengan pelan pengiklanan pihak pengiklan
  11. Setelah pengiklan membuat pendaftaran, pengiklan secara langsung telah bersetuju dan patuh dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan atau yang sepertimana yang termaktub di atas.
  12. Kesemua bayaran adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan walau apa jua keadaan.
  13. Pihak Ratuhati.com akan mengeluarkan iklan anda selepas kontrak pengiklanan anda tamat. Ratuhati.com akan beranggapan bahawa pihak anda sudah tidak berminat untuk menyambung kontrak pengiklanan anda bersama kami jika tiada sebarang bayaran tambahan diterima untuk menyambung tempoh iklan.
  14. Pihak Ratuhati.com berhak meminda dan mengubah syarat yang ditetapkan tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Prosedur Pengiklanan di Forum Ratuhati

1) Buat bayaran (sila hubungi kami untuk jumlah dan bank)
http://ratuhati.com/hubungi-kami

2) Sahkan pembayaran
Email ke pentadbir [A] ratuhati.com

3) Sertakan butiran diri untuk rekod
Nama Peniaga:
No IC:
Alamat:
No telefon:
Website jika ada:

4) Naik taraf peniaga
Kami akan naik taraf username kepada peniaga.

5) Mula mengiklan.
Satu iklan di forum Iklan dan Produk.
Tarikh mula iklan dikira bermula sehari selepas bayaran.
Maksudnya kalau bayar 13 Julai, kami kira bermula 14 Julai.

6) Penyambungan iklan
Penyambungan iklan boleh dibuat sebelum tarikh iklan tamat.
Iklan akak dikunci selepas tamat tarikh jika pembayaran tidak dilakukan.
Iklan akan dihapuskan atau dimasukkan ke dalam archive selepas tempoh tertentu

Add a comment
Friday, 20 May 2011 11:13

Penafian

Written by Ratuhati.com

Semua yang ditulis di dalam artikel atau forum serta balasan pendapat di ratuhati.com adalah pendapat serta pengalaman peribadi penulis itu sendiri dan ianya tidak semestinya benar dan boleh dipakai untuk orang lain. Pihak Ratuhati.com tidak bertanggungjawab atas kesalahan maklumat atau kerosakan atau kemudaratan dari apa segi sekalipun yang disebabkan olehnya. Sebarang masalah berkaitan perubatan, perundangan dan sebagainya, sila dapatkan khidmat professional. Ratuhati juga tidak bertanggungjawab atas segala transaksi melibatkan wang di kalangan ahli. Terima kasih.

Add a comment
Friday, 20 May 2011 11:06

Keahlian Forum dan Portal Ratuhati.com

Written by Ratuhati.com

Pendaftaran

  1. Pendaftaran ahli dalam ratuhati.com adalah percuma.
  2. Terdapat dua jenis pendaftaran yang BERBEZA untuk ahli di ratuhati.com. Pendaftaran di portal ratuhati.com dan pendaftaran di bahagian forum.
  3. Ahli-ahli yang mendaftar hendaklah mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Ratuhati.com. Sila ambil masa untuk membacanya.

Terma dan Syarat Forum

Sila ikuti adab berforum berikut supaya keharmonian terpelihara:

  1. Gunakan bahasa yang baik, elakkan ejaan SMS.
  2. Elakkan provokasi, mencela, mengutuk.
  3. Berlapang dada dengan perbezaan pandangan.
  4. Tidak dibenarkan meletakkan iklan tanpa izin.
  5. Elakkan membalas dengan hanya smiley atau satu perkataan sahaja.
Add a comment
Saturday, 20 June 2009 21:02

Kod Promosi

Written by Ratuhati.com
Aktifkan Ratuhati. Sebarkan banner. Terima kasih. <a href=”http://www.ratuhati.com/index.php/component/user/?task=register” target=”_blank”><img src="http://ratuhati.com/images/banners/promo160.gif"></a>
Add a comment
Saturday, 12 July 2008 08:07

Perkhidmatan Iklan di Ratuhati.com

Written by Ratuhati.com

Kelebihan Mengiklan di Ratuhati.com

  1. Jumlah pengunjung yang semakin bertambah dari hari ke hari.
  2. Kutipan daripada perkhidmatan ini dapat digunakan untuk pembaikan perkhidmatan percuma yang disediakan ratuhati.com, jadi secara tak langsung anda juga menyumbang kepada penyebaran ilmu kepada masyarakat awam.
  3. Ratuhati.com dapat memperbaiki persembahan serta isi kandungannya dengan sumbangan anda ini.

Traffik di Server Ratuhati.com

Trafik Server Ratuhati.com

Lagi... berdasarkan Statistik
Statistik dari Google Analytics, bermula 15 Oktober 08 sehingga 14 November 08 (sebulan):

  • 90% pengunjung Ratuhati.com mengakses ratuhati.com dari Malaysia.
  • Ratuhati.com menerima 39,323 lawatan dalam sebulan ini,
  • dengan 338,988 mukasurat/halaman dibaca.
  • Statistik juga menunjukkan peningkatan yang berterusan.

Google Analytics 151008-141108

Berdasarkan statistic Nuffnang pula, Ratuhati.com mendapat pelawat unik sehingga hampir 4,000 orang setiap hari pada hari-hari sibuk.  Ia berkurangan pada hari-hari cuti bekerja(Sabtu, Ahad, cuti umum). Ini kerana kebanyakan pengunjung Ratuhati.com adalah mereka yang bekerja dan kuasa beli mereka lebih tinggi kebiasaannya.

Data daripada Alexa.com pula menunjukkan Ratuhati.com menduduki tempat ke 327,713 di dunia. Di Malaysia pula ranking Ratuhati.com pula adalah tempat ke 1,680 daripada berjuta-juta website di Malaysia.

Bagaimana Mahu Mengiklan

Sila hubungi kami di
pentadbir [A] ratuhati.com
untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej dan syarat-syarat mengiklan.

atau gunakan borang ini .

Add a comment
Thursday, 11 November 2004 12:44

404

Written by Ratuhati.com

404: Tidak Dijumpai

Add a comment
Tuesday, 12 June 2007 07:19

Terma dan Syarat Penggunaan serta Penafian

Written by Ratuhati.com

Semua pengguna hendaklah faham dan bersetuju dengan terma dan syarat penggunaan website Ratuhati.com ini.

  1. Maklumat dalam website ini adalah berdasarkan pengetahuan kami. Kami tidak menjamin ianya adalah tepat dan lengkap pada masa ianya diterbitkan.
  2. Website ini semata-mata tidak boleh dijadikan maklumat untuk diagnosa penyakit tanpa perundingan dengan pakar kesihatan. Ia hanyalah panduan secara umum.
  3. Kami tidak bertanggungjawab atas semua maklumat di website lain (website luar selain daripada di domain ratuhati.com) yang dirangkaikan (link) dari website ini. Ini bukan bidang kuasa kami.
  4. Kami tidak boleh disabitkan bersalah oleh undang-undang jika terdapat kesalahan pada isi kandungan. Namun begitu, pengguna digalakkan untuk menegur bagi menjamin kami menyediakan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.
  5. Anda dibenarkan untuk menyebarkan kandungan di laman web ini secara percuma tanpa meminta kebenaran untuk tujuan menyebarkan ilmu tetapi anda haruslah meletakkan sumbernya (link ke ratuhati.com). Selain daripada edaran percuma, sila minta kebenaran secara khusus daripada kami.
  6. Anda dialu-alukan untuk menyumbang kepada ratuhati.com, sila sumbangkan buah fikiran anda di forum atau anda juga boleh menghantar artikel yang anda tulis sendiri untuk dikongsi bersama.
  7. Kami boleh memetik penulisan anda di dalam forum untuk disiarkan semula sebagai soalan yang dijawab oleh panel khas Ratuhati.com beserta dengan butir-butir diri seperti umur anda dan atau anak anda.
  8. Semua pendapat serta tulisan di dalam forum atau komen artikel adalah pendapat peribadi ahli. Kami tidak dapat memantau kesemuanya. Tetapi jika ia melanggar undang-undang atau maklumat yang palsu atau tidak benar, sila beritahu kepada pentadbir untuk tindakan mengubah atau membuang tulisan tersebut.
  9. Ratuhati.com berhak menukar terma dan syarat penggunaan di atas.

Kerahsiaan dan Keselamatan

  1. Melindungi kerahsiaan - simpan password ditempat yang selamat dan gunakan password yang sukar diteka.
  2. Selidik dahulu peniaga online di Ratuhati.com sebelum anda membuat sebarang urusniaga berkaitan pembayaran. Simpan bukti pembayaran. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penipuan berkaitan urusan perniagaan ahli forum. Jadi berhati-hati.
  3. Jika mahu berjumpa dengan mana-mana ali Ratuhati.com untuk pertama kali, lakukannya di tempat awam.

Hakmilik, Harta Intelek

This Web Site is owned by Ratuhati.com. All right to, title to, and interest in the Content available via the Web Site, the Web Site's look and feel, the designs, trademarks, service marks, and trade names displayed on the Web Site, and the Web Site URLs, are the property of Ratuhati.com or its licensors, and are protected by copyrights, trademarks, patents, or other proprietary rights and laws.

 

Etika Asas Pengguna/ Ahli

Tolong jangan lakukan:

  1. menulis keseluruhan ayat / pos menggunakan HURUF BESAR,
  2. menggunakan bahasa yang menyakitkan hati,
  3. meletakkan mesej yang sama dalam Kategori/ Thread yang berlainan,
  4. serangan peribadi dan provokasi terhadap pengguna lain

Adab Berforum

  1. Cari dahulu tajuk atau topik yang berkenaan sebelum anda membuat topik baru supaya tidak berlaku pertindihan tajuk.
  2. Buat tajuk dengan jelas. Janganlah menggunakan tajuk yang terlalu umum seperti "Tolong saya", atau "Bantu saya". Tajuk yang jelas contohnya seperti "Bagaimana mengira hari subur?" atau "Tolong... anak cirit-birit". Ini akan memudahkan semua orang, termasuk anda sendiri.
  3. Tetap kepada topik perbincangan. Jangan menyimpang jauh. Tolong jangan gunakan forum untuk tujuan berchatting.
  4. Hormati ahli-ahli lain dalam mengutarakan pendapat. Elakkan bahasa yang kasar, sinis, perli atau apa-apa yang boleh mencetuskan rasa tidak puas hati ahli-ahli lain.
  5. Penggunaan gambar wanita yang memaparkan aurat yang keterlaluan tidak dibenarkan. Elakkan penggunaan gambar, ticker atau signature sebegini di forum.
  6. Anda tidak dibenarkan menghantar bahan atau tulisan yang berbentuk fitnah, provokasi atau serangan peribadi.
  7. Tanggungjawab dan hak - apa yang ditulis oleh sahabat lain adalah pendapat dan pengalaman mereka sendiri. Apa sahaja yang anda pos adalah untuk bacaan awam.
  8. Pihak pentadbir dan moderator berhak mengubah atau membuang pos/ thread yang anda tulis.

Pengiklanan dan Perniagaan

  1. Jika anda mahu mengiklan sila hubungi This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Untuk makluman, tiada iklan percuma dibenarkan kerana kami membayar harga hosting, domain dan penyelengaraan dengan duit sendiri.
  2. Iklan di dalam forum yang tidak berkenaan akan dihapuskan tanpa notis.
  3. Mereka yang mengiklan tanpa izin boleh dibatalkan akaun mereka tanpa notis.
  4. Iklan affiliates, skim cepat kaya, skim piramid, pinjaman cara mudah tidak dibenarkan. Ratuhati juga berhak menolak sebarang iklan tanpa perlu memberikan sebabnya.

Ratuhati.com berhak membuang thread atau membatalkan akaun mereka yang melanggar panduan penggunaan ini dengan atau tanpa notis.

Sebarang kemusykilan sila beritahu di forum. Daftar dulu dan login ya sebelum boleh mula hantar tajuk baru/balasan... Topik ini bukan untuk pertanyaan mengenai haid dan sebagainya... :-)

Add a comment
Thursday, 19 August 2004 20:11

Tentang Kami

Written by Ratuhati.com

Selamat Datang ke ratuhati.com. Laman web ini diwujudkan untuk ibu-ibu berkongsi ilmu dan pengalaman tentang keibubapaan, berkongsi cerita tentang anak-anak, dan berbagai-bagai lagi yang berkaitan. Kami memerlukan sokongan anda untuk sama-sama memeriahkan laman web ini. Selalulah layari ratuhati.com, dan berikan kami cadangan atau komen anda agar kami dapat memperbaikinya dari masa ke semasa. Dan... jangan lupa daftarkan diri anda sebagai sahabat@ratuhati untuk menikmati pelbagai kemudahan yang kami sediakan secara percuma!

Add a comment
You are here