Perkahwinan yang hanya bergantung kepada cinta tidak akan berkekalan. Kebahagiaan hidup seperti juga sepohon tanaman yang memerlukan air dan baja untuk terus membesar dan mengeluarkan bunga, buah, ulaman dan kayu kayannya untuk dimanfaatkan oleh ummah. Begitu juga kebahagian, ia memerlukan siraman air dan baja dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kehendak perkembangan umurnya.
Alangkah indahnya jika pasangan suami isteri saling hormat menghormati dan masing-masing dapat melaksanakan tugas sebagaimana pasukan pilot dan stewardess menjalankan tugas di angkasa raya menuju ke destinasi yang satu.

Nota: Lukisan di atas adalah hasil kreativiti Pak Utih ;-)
| Add a comment |
Isteri-isteri… ini mungkin sesuatu yang kerap anda fikirkan, tetapi sukar untuk diluahkan...
- Mengapa suami saya ego, tidak mahu dengar pandangan saya?
- Mengapa suami fikir dia sahaja yang betul?
- Mengapa suami saya tidak suka temankan saya bershopping?
Dan suami-suami, mungkin kerapkali ini yang membuatkan anda rasa sangat stress…
- Mengapa isteri saya suka cakap banyak?
- Mengapa isteri saya asyik mengadu masalah... masalah... masalah ?
- Mengapa isteri saya meleret-leret kalau berbincang?
| Add a comment |
Apabila seseorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, maka perempuan tersebut sudah berada dibawah tanggungannya. Perempuan yang merupakan isterinya itu pula, hendaklah meletakkan ketaatan terhadap suaminya melebih dari ibu dan bapanya.
| Add a comment |
Mengikut kajian yang dijalankan oleh National Institutes of Health's National Center for Complementary and Alternative Medicine di Amerika Syarikat, tidur secukupnya dan tahap stres yang rendah boleh buatkan anda lebih kurus.
| Add a comment |
"Selain daripada fobia hospital (Nosocomephobia), saya juga fobia dengan ular. Nama phobia jenis ni dipanggil Ophidiophobia. Kalau tengok ular, walaupun dalam buku, gambar, apatah lagi depan mata, saya akan rasa ular tu macam duduk dalam badan saya, geli sampai dalam perut... kemudian saya jadi tak tentu arah, habis segenap ruang saya periksa kalau-kalau ada ular di mana-mana. Kadang-kadang nak guna tandas pun saya takut, takut ular ada dalam mangkuk tandas, kadang-kadang guna mesin basuh juga, sebab saya pernah baca ada orang nak basuh baju, buka mesin basuh tiba-tiba ada ular... uwaaa..." [1]
| Add a comment |
Makan makanan tinggi lemak adalah tidak baik, tetapi jika ia diakhiri pula dengan secawan kopi maka semakin lengkaplah ia sebagai menu kebinasaan.
| Add a comment |
Kajian di Singapura mengatakan, mereka yang minum dua atau lebih gelas minuman berkarbonat seminggu berisiko menghidapi kanser pankreas sebanyak dua kali ganda berbanding mereka yang tidak minum minuman tersebut.
"Kandungan gula yang tinggi di dalam minuman soda mungkin menambahkan tahap insulin dalam badan, yang menyumbang kepada pertumbuhan sel kanser pankreas" kata Mark Pereira, Ph.D.
- Soft Drink Consumption May Markedly Increase Risk of Pancreatic Cancer, Sciencedaily, 9 Februari 2010.
| Add a comment |
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya,ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
Encik Ahmad, urutdanrawat
Sila cuba, dan beritahu hasilnya :-)
| Add a comment |



