Semua pengguna hendaklah faham dan bersetuju dengan terma dan syarat penggunaan website Ratuhati.com ini.
- Maklumat dalam website ini adalah berdasarkan pengetahuan kami. Kami tidak menjamin ianya adalah tepat dan lengkap pada masa ianya diterbitkan.
- Website ini semata-mata tidak boleh dijadikan maklumat untuk diagnosa penyakit tanpa perundingan dengan pakar kesihatan. Ia hanyalah panduan secara umum.
- Kami tidak bertanggungjawab atas semua maklumat di website lain (website luar selain daripada di domain ratuhati.com) yang dirangkaikan (link) dari website ini. Ini bukan bidang kuasa kami.
- Kami tidak boleh disabitkan bersalah oleh undang-undang jika terdapat kesalahan pada isi kandungan. Namun begitu, pengguna digalakkan untuk menegur bagi menjamin kami menyediakan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.
- Anda dibenarkan untuk menyebarkan kandungan di laman web ini secara percuma tanpa meminta kebenaran untuk tujuan menyebarkan ilmu tetapi anda haruslah meletakkan sumbernya (link ke ratuhati.com). Selain daripada edaran percuma, sila minta kebenaran secara khusus daripada kami.
- Anda dialu-alukan untuk menyumbang kepada ratuhati.com, sila sumbangkan buah fikiran anda di forum atau anda juga boleh menghantar artikel yang anda tulis sendiri untuk dikongsi bersama.
- Kami boleh memetik penulisan anda di dalam forum untuk disiarkan semula sebagai soalan yang dijawab oleh panel khas Ratuhati.com beserta dengan butir-butir diri seperti umur anda dan atau anak anda.
- Semua pendapat serta tulisan di dalam forum atau komen artikel adalah pendapat peribadi ahli. Kami tidak dapat memantau kesemuanya. Tetapi jika ia melanggar undang-undang atau maklumat yang palsu atau tidak benar, sila beritahu kepada pentadbir untuk tindakan mengubah atau membuang tulisan tersebut.
- Ratuhati.com berhak menukar terma dan syarat penggunaan di atas.
Kerahsiaan dan Keselamatan
- Melindungi kerahsiaan - simpan password ditempat yang selamat dan gunakan password yang sukar diteka.
- Selidik dahulu peniaga online di Ratuhati.com sebelum anda membuat sebarang urusniaga berkaitan pembayaran. Simpan bukti pembayaran. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penipuan berkaitan urusan perniagaan ahli forum. Jadi berhati-hati.
- Jika mahu berjumpa dengan mana-mana ali Ratuhati.com untuk pertama kali, lakukannya di tempat awam.
Hakmilik, Harta Intelek
This Web Site is owned by Ratuhati.com. All right to, title to, and interest in the Content available via the Web Site, the Web Site's look and feel, the designs, trademarks, service marks, and trade names displayed on the Web Site, and the Web Site URLs, are the property of Ratuhati.com or its licensors, and are protected by copyrights, trademarks, patents, or other proprietary rights and laws.
Etika Asas Pengguna/ Ahli
Tolong jangan lakukan:
- menulis keseluruhan ayat / pos menggunakan HURUF BESAR,
- menggunakan bahasa yang menyakitkan hati,
- meletakkan mesej yang sama dalam Kategori/ Thread yang berlainan,
- serangan peribadi dan provokasi terhadap pengguna lain
Adab Berforum
- Cari dahulu tajuk atau topik yang berkenaan sebelum anda membuat topik baru supaya tidak berlaku pertindihan tajuk.
- Buat tajuk dengan jelas. Janganlah menggunakan tajuk yang terlalu umum seperti "Tolong saya", atau "Bantu saya". Tajuk yang jelas contohnya seperti "Bagaimana mengira hari subur?" atau "Tolong... anak cirit-birit". Ini akan memudahkan semua orang, termasuk anda sendiri.
- Tetap kepada topik perbincangan. Jangan menyimpang jauh. Tolong jangan gunakan forum untuk tujuan berchatting.
- Hormati ahli-ahli lain dalam mengutarakan pendapat. Elakkan bahasa yang kasar, sinis, perli atau apa-apa yang boleh mencetuskan rasa tidak puas hati ahli-ahli lain.
- Penggunaan gambar wanita yang memaparkan aurat yang keterlaluan tidak dibenarkan. Elakkan penggunaan gambar, ticker atau signature sebegini di forum.
- Anda tidak dibenarkan menghantar bahan atau tulisan yang berbentuk fitnah, provokasi atau serangan peribadi.
- Tanggungjawab dan hak - apa yang ditulis oleh sahabat lain adalah pendapat dan pengalaman mereka sendiri. Apa sahaja yang anda pos adalah untuk bacaan awam.
- Pihak pentadbir dan moderator berhak mengubah atau membuang pos/ thread yang anda tulis.
Pengiklanan dan Perniagaan
- Jika anda mahu mengiklan sila hubungi This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . Untuk makluman, tiada iklan percuma dibenarkan kerana kami membayar harga hosting, domain dan penyelengaraan dengan duit sendiri.
- Iklan di dalam forum yang tidak berkenaan akan dihapuskan tanpa notis.
- Mereka yang mengiklan tanpa izin boleh dibatalkan akaun mereka tanpa notis.
- Iklan affiliates, skim cepat kaya, skim piramid, pinjaman cara mudah tidak dibenarkan. Ratuhati juga berhak menolak sebarang iklan tanpa perlu memberikan sebabnya.
Ratuhati.com berhak membuang thread atau membatalkan akaun mereka yang melanggar panduan penggunaan ini dengan atau tanpa notis.
Sebarang kemusykilan sila beritahu di forum. Daftar dulu dan login ya sebelum boleh mula hantar tajuk baru/balasan... Topik ini bukan untuk pertanyaan mengenai haid dan sebagainya... :-)

