Displaying items by tag: Bau
Saturday, 29 November 2008 09:03

Petua Menghilangkan Bau Hamis Kambing

Untuk mengurangi bau masakan kambing/domba, cuba cara berikut. Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum. - Chef Norzailina Nordin, Laman Web Alaf21
Add a comment
Published in Petua Memasak
Saturday, 13 September 2008 02:29

Bunga Cengkih untuk Halau Semut dan Hilangkan Bau

Selain daripada digunakan dalam masakan, bunga cengkih juga mempunyai pelbagai kegunaan lain di dapur. Untuk mengelakkan semut daripada terus menghurung gula anda, masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

Cengkih juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang kurang enak di dalam peti ais anda. Masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalamnya selain daripada seketul arang kayu.
Add a comment
Published in Petua Rumah/Dapur
Monday, 19 November 2007 02:28

Hilangkan bau asap rokok

Hati pasti sakit jika rumah dicemari bau asap rokok. Untuk menghilangkan bau tersebut,masukkan sedikit hampas kopi pada bekas abu rokok. Bau busuk tadi akan menjadi wangi.
Add a comment
Published in Petua Rumah/Dapur
Tuesday, 09 September 2008 16:42

Elakkan Bau yang Berbahaya untuk Anak Kecil

Anda digalakkan untuk merangsang deria anak kecil termasuklah deria baunya. Namun berhati-hati dengan bau yang berbahaya dan menyengat seperti bau daripada cat, gam, dan sesetengah pati minyak. Bunga pula boleh dilihat tetapi jangan biarkan anak anda menghidunya terlalu rapat kerana debunga pada bunga mungkin boleh menyebabkan alahan.
Add a comment

LAZIMNYA dalam tiga bulan pertama kehamilan, gejala morning sickness seperti loya, muntah dan pening kepala sering berlaku memandangkan dalam waktu ini paras hormon kehamilan (hormon ß-hCG) masih meninggi.

Gejala ini lebih dirasai dalam kehamilan kembar kerana paras hormon ß-hCG lebih tinggi.

Namun, memasuki bulan keempat dan seterusnya, gejala ini akan hilang. Atas sebab ini, doktor kebiasaannya menasihatkan agar vitamin dan asid folik diambil pada waktu malam kerana bau ubat-ubatan ini juga boleh menyebabkan rasa loya. Jika diambil pada waktu malam, kesan sampingan ubatan ini tidak atau kurang dialami memandangkan kita tidur selepas itu.

- Wanita Hamil Alah Ubat, Harian Metro

Add a comment
You are here