Displaying items by tag: bersihkan
Sunday, 14 December 2008 10:04
Menghilangkan Kesan Dakwat Pen Pada Pakaian
Suami anda balik rumah dengan kesan dakwat pen pada poketnya? Takkan hendak dibuang kemeja yang baru beberapa kali dipakai bukan? Apa kata cuba petua ini.Basahkan dahulu kesan dakwat tadi dengan sedikit cuka makan. Bancuhkan 2 sudu cuka makan dengan 3 sudu tepung jagung. Kemudian, sapukan campuran ini kepada kesan dakwat tadi. Biarkan ia kering. Bersihkan campuran yang telah kering tadi dan basuh kemeja seperti biasa. Petua ini juga boleh digunakan untuk kesan pada permaidani.
| Add a comment |
Published in
Petua Rumah/Dapur
Thursday, 13 November 2008 23:00
Petua Membersihkan Cendawan dan Mengekalkan Zatnya
Cendawan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Tetapi jika salah cara membersihkannya, anda dapati bukan sahaja zatnya akan berkurangan, malah rasanya juga jadi kurang sedap. Cara terbaik untuk membersihkan cendawan ialah dengan mengelapnya dengan kain yang lembap untuk membuang kotoran pada permukaannya. Kemudian pisahkan kepala cendawan dari batangnya supaya kekotoran atau serangga yang tersuruk antara celah tersebut dapat dibuang. Jangan membuang kulit cendawan kerana ia penuh dengan pelbagai kebaikan dan juga rasa. Jika anda mahu menggunakan cendawan untuk salad atau mahu menyediakannya lebih awal sebelum dimasak, gaulkan ia dengan jus lemon untuk mengekalkan warnanya.- Petua Chef Sabri (chefsabri.blogspot.com), gambar: Inmagine
| Add a comment |
Published in
Petua Rumah/Dapur
Monday, 19 November 2007 02:28
Menghapuskan karat pada pakaian
Sebelum mencuci pakaian yang mempunyai kesan karat, campurkan perahan jus limau nipis bersama sedikit garam di dalam bekas kecil dan kacau sebati. Gosokkan campuran tadi ke kesan karat dan biarkan beberapa minit sehingga bersih. Setelah itu cuci seperti biasa.| Add a comment |
Published in
Petua Rumah/Dapur

