Putih Telur Menghilangkan Bintik-bintik Hitam dan Mengatasi Kulit Berminyak atau Kering
Putih telur dapat mengecilkan pori-pori pada wajah. Setelah melakukan masker putih telur, wajah akan terasa lebih tegang dan halus. Protein yang terdapat pada telur membantu melembabkan kulit dan mempercepatkan proses regenerasi kulit wajah. Caranya, pecahkan telur ke dalam mangkuk. Asingkan kuning dan putih telur. Gunakan putihnya sahaja. Sapukan putih telur ke seluruh wajah, elakkan kelopak mata serta sekitar bibir. Perawatan ini juga boleh menghilangkan bintik-cintik hitam kerana terbakar matahari dan juga mengatasi kulit berminyak atau kering.
Perkongsian dari Villiant di Scrub dan Mask Tradisional di forum Ratuhati
| Add a comment |
Muka Kasar dan Berbintik Hitam
Timun diparut dan diperah lalu diambil airnya. Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur. Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu di muka. Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
| Add a comment |

