Displaying items by tag: cantik
Sunday, 14 December 2008 11:47

Lakukan Rawatan Muka di Rumah dengan Susu

Tak perlu berbelanja mahal di spa untuk rawatan muka yang asas. Anda boleh lakukannya di rumah dengan bahan yang mudah di dapati di rumah. Hanya susu dan sedikit air. Campurkan 1/4 cawan susu tepung dengan air secukupnya untuk membuat adunan topeng muka yang pekat. Sapukan di keseluruhan muka (kecuali mata dan bibir). Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Kulit anda akan rasa segar dan bertenaga.
Add a comment
Published in Petua Anggun
Thursday, 31 July 2008 07:47

Asid lemak perlu: untuk kulit cantik

Omega-3 dan omega-6 tergolong sebagai asid-asid lemak perlu. Ia penting sebagai pelindung minyak kulit yang semulajadi. Tanpa bekalan EFA yang cukup, kulit akan menjadi kering dan mudah menjadi radang. Omega-3 terdapat dalam ikan laut dalam ( seperti salmon, sardin dan kembung), biji kuaci (bunga matahari), labu, dan biji-bijian lain. Omega-6 pula boleh diperolehi daripada daging ayam-itik, bijirin, kekacang (seperti walnut dan gajus) dan banyak lagi makanan lain.

Sumber: sihatsokmo.com

Add a comment
Published in Petua Anggun
Kebanyakan wanita memilih beg tangan berdasarkan apa yang berkenan di hati. Tahukah anda beg tangan yang tidak sesuai boleh membuatkan penampilan anda kelihatan serba tidak kena. Gaya beg tangan yang bagaimana yang sesuai dengan bentuk badan anda?
Add a comment
Published in Kecantikan
Saturday, 02 April 2011 03:44

Tangan Lembut Selepas Berkebun

Bila berkebun, pastinya tangan anda akan kotor dan terasa kasar. Sabun biasa agak sukar menghilangkan kesan ini. Cuba petua ini: Sental tangan anda dengan bijirin oat dan susu. Kotoran akan hilang dan campuran oat dan susu ini akan menghaluskan kulit tangan anda.

Add a comment
Published in Petua Anggun
You are here