Displaying items by tag: gula
Saturday, 21 May 2011 06:50

Hilangkan Rasa Hangus Kuah

Jika kuah atau sos anda terhangus semasa dimasak, tuangkannya ke dalam periuk baru dan teruskan memasaknya. Tambah sedikit demi sedikit gula. Rasa selepas setiap tambahan supaya tidak terlebih manis. Rasa gula akan menghilangkan rasa hangus tadi.

Add a comment
Published in Petua Memasak
Saturday, 13 September 2008 02:29

Bunga Cengkih untuk Halau Semut dan Hilangkan Bau

Selain daripada digunakan dalam masakan, bunga cengkih juga mempunyai pelbagai kegunaan lain di dapur. Untuk mengelakkan semut daripada terus menghurung gula anda, masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

Cengkih juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang kurang enak di dalam peti ais anda. Masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalamnya selain daripada seketul arang kayu.
Add a comment
Published in Petua Rumah/Dapur
Tuesday, 05 April 2011 13:52

Menu Kebinasaan untuk Badan

Makan makanan tinggi lemak adalah tidak baik, tetapi jika ia diakhiri pula dengan secawan kopi maka semakin lengkaplah ia sebagai menu kebinasaan.

Add a comment
Published in Khasiat Makanan
Diabetes di kalangan lelaki mempunyai kesan terhadap ketidaksuburan mereka kerana ia didapati merosakkan DNA pada sperma, mengikut kajian dari Universiti Queen di Belfast, UK. Kualiti DNA sperma diketahui mempunyai kaitan dengan kekurangan kualiti embrio, kadar keguguran yang tinggi, dan penyakit kanak-kanak yang serius. - Diabetes Linked To Male Infertility; Excess Sugars In The Body Have Direct Effect On Sperm Quality, sciencedaily.com, 10 Julai 2008
Add a comment
Published in Ingin Hamil
You are here