Displaying items by tag: makanan

Makanan yang sihat membantu tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Tabiat pemakanan yang sihat elok dimulakan sejak kecil lagi. Ini dapat mengurangkan pengaruh rakan dan juga media dalam mereka memilih apa yang patut mereka makan dan membantu mereka membuat sendiri pilihan yang baik. Ibu bapa boleh menyemaikan tabiat ini dan mengukuhkannya dengan pelbagai cara:

Add a comment

Cara menyimpan, memasak dan menyediakan makanan perlulah betul supaya zat makanan dapat dikekalkan untuk keperluan tubuh badan kita.

Ketika menyediakan makanan:

  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dibuang kulit atau dipotong.
  • Elakkan membuang kulit atau memotong buah-buahan dan sayur-sayuran terlalu awal sebelum makan atau memasak.
  • Elakkan daripada merendam sayur-sayuran atau buah-buahan yang telah dipotong di dalam air.
Semasa memasak makanan:
  • Gunakan air yang sedikit dan jangan masak terlalu lama.
  • Jika menggunakan air yang banyak untuk masakan yang berkuah, pastikan semua kuah dimakan bersama.
  • Tutup periuk atau kuali ketika memasak makanan.
Ketika menyimpan makanan:
  • Simpan makanan kering seperti biskut di dalam bekas yang kedap udara.
  • Simpan makanan segar di dalam peti ais.
sumber: infosihat.gov.my
Add a comment
Published in Petua Rumah/Dapur

Makanan juga boleh mempengaruhi mood anda untuk hubungan intim.

Yang merosakkan mood, bawang merah, bawang putih dan durian.

Makanan yang membantu hubungan intim pula adalah:

* Lean foods seperti ikan bakar dan dada ayam kerana ia tidak menjadikan anda berasa “berat”.
* Coklat. Coklat melepaskan hormon endomorphins, giving you that feel good feeling.
* Buah-buahan mempunyai sifat segar dan sihat that can help couples get in the mood.
* Lain-lain makanan seperti madu dan stroberi mempunyai nilai seks yang errrrr…..sememangnya

- Kevin Zahri, Pakar Pemakanan dalam Panduan Kesihatan Seksual (Sexual Health Guide), kevinzahri.com

Add a comment
Published in Suami Isteri
Tuesday, 05 April 2011 13:52

Menu Kebinasaan untuk Badan

Makan makanan tinggi lemak adalah tidak baik, tetapi jika ia diakhiri pula dengan secawan kopi maka semakin lengkaplah ia sebagai menu kebinasaan.

Add a comment
Published in Khasiat Makanan
Thursday, 25 September 2008 15:59

Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur

Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur anda kerana ia boleh bertahan selama 8 jam berbanding makanan cepat hadam yang bertahan cuma 3 ke 4 jam sahaja. Antara makanan lambat hadam ialah beras perang, barli, gandum penuh, oat, semolina, kekacang (seperti dal, kacang hijau), roti gandum penuh, capati, roti nan. Makanan ini juga dipanggil karbohidrat kompleks.

Manakala makanan yang cepat hadam antaranya makanan yang mengandungi gula atau tepung gandum biasa (warna putih).

tips dari: doctor2008.wordpress.com

Add a comment
Published in Petua Kesihatan

Jika PCOS dikaitkan dengan lebih berat badan atau obesiti, menurunkan berat badan merupakan kaedah yang berkesan untuk memulihkan ovulasi/haid. Namun, ramai wanita yang rasa amat sukar untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Pemakanan rendah karbohidrat dan senaman yang berdisiplin mungkin dapat membantu. Sesetengah pakar mengesyorkan diet rendah indeks Glycemic di mana karbohidrat bersumberkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.

Sumber: Polycystic ovary syndrome, wikipedia

Add a comment
Published in Ingin Hamil
Tuesday, 18 December 2007 17:46

Bahaya pewarna dalam makanan untuk Kanak-kanak

Gula-gula atau minuman yang mengandungi bahan campuran didakwa boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan mengelak anak-anak mereka mengambil makanan tersebut. Bahan atau campuran makanan itu merujuk kandungan bagi menambah nilai pemakanan, pengawetan, penstabilan atau pewarna alkali. Pengeluar dan pihak pengurusan pasar raya digesa mengelak penggunaan bahan campuran itu kerana bahan itu tidak mempunyai sebarang nilai dari segi khasiat. -  Berita Harian, 10 Mei 2007
Add a comment
Published in Petua Kesihatan

Basuh tangan anda, sahabatku! Terutamanya jika anda seorang wanita kerana... tahukah anda, tangan wanita mempunyai lebih banyak jenis bakteria berbanding dengan jenis bakteria yang terdapat di tangan lelaki?

Add a comment
Published in Kecantikan
Wednesday, 03 September 2008 22:18

Migrain dan Makanan yang Harus Dijauhi

Terdapat beberapa makanan yang harus anda awasi kerana ia mungkin boleh menyebabkan migrain anda menyerang...
Add a comment
Published in Kesihatan
Sunday, 28 September 2008 21:04

Keperluan Kalori Anak Ikut Berat Badan

Sebagai panduan puan dalam memastikan jumlah kalori yang diperlukan mencukupi bagi pembesaran anak puan, gunakan pengiraan yang mudah ini:

Sekiranya anak puan mempunyai berat badan 10 kilogram (kg) ke bawah, ia memerlukan sebanyak 100kcal/kg sehari. Setiap kilogram pertambahan berat badan daripada 10 kg, tambahan kalori sebanyak 50kcal/kg sehingga berat badan mencecah 20 kg. Sekiranya berat badan melebihi 20 kg, pertambahan kalori bagi setiap kilogram berat selepas 20 kg ialah 20kcal/kg.

Sumber: PAKAR KANAK KANAK bersama Dr Norrashidah Abd Wahab, pakar Kanak-kanak dalam "anak enggan minum susu", Harian Metro
Add a comment
Page 1 of 2
You are here