Lakukan Rawatan Muka di Rumah dengan Susu
Tak perlu berbelanja mahal di spa untuk rawatan muka yang asas. Anda boleh lakukannya di rumah dengan bahan yang mudah di dapati di rumah. Hanya susu dan sedikit air. Campurkan 1/4 cawan susu tepung dengan air secukupnya untuk membuat adunan topeng muka yang pekat. Sapukan di keseluruhan muka (kecuali mata dan bibir). Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Kulit anda akan rasa segar dan bertenaga.| Add a comment |
Muka Sentiasa Bercahaya
Supaya muka sentiasa bercahaya, sapukan air kelapa yang telah disimpan semalaman ke muka beberapa kali. Biarkan selama satu jam sebelum dibasuh dengan air.
| Add a comment |
Topeng Labu untuk Kulit Sensitif
Buang kulit labu dan rebus hingga empuk. Tunggu ia sejuk kemudian kisar dengan 1/2 sudu teh madu atau susu. Tambah 1/2 sudu teh gula perang jika kulit anda jenis kering atau 1/2 sudu teh cuka cedar epal jika kulit anda berminyak. Sapukan mask pada kulit muka dan elakkan bahagian mata dan mulut. Biarkan selama 10-15 minit sebelum membilasnya. Amalkan untuk kulit cerah dan licin.
Labu kaya dengan kandungan vitamin A, C dan Zink yang bagus untuk kulit sensitif. Vitamin dan pelembab dalam buah labu membantu mengurangkan kerosakan kulit.
| Add a comment |
Topeng Pisang untuk Kulit Sihat dan Anjal
Lenyekkan setengah biji pisang bersama dengan satu sudu teh susu atau madu. Ratakan pada muka anda dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air sejuk.
Pisang mengandungi pelbagai khasiat untuk kulit. Kaya dengan vitamin C, A, B6 dan B12 yang membuatkan kulit anda lebih muda dan sihat. Susu dan madu pula bertindak sebagai pelembab.
Campuran ini juga boleh digunakan di rambut.
| Add a comment |
Wajah Bersih daripada Whitehead dan Blackhead
Ambil putih telur dan campurkan dengan sedikit madu (untuk kulit biasa) atau limau nipis (untuk kulit berminyak). Celupkan tisu ke dalam putih telur dan oleskan ke seluruh muka selama 15 - 20 minit. Tunggu sehingga kering dan tarik tisu tersebut. 'Whitehead' dan 'blackhead' akan tertanggal bersama. Lakukan 2 kali seminggu untuk kesan yang memuaskan.
| Add a comment |
Muka Kasar dan Berbintik Hitam
Timun diparut dan diperah lalu diambil airnya. Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur. Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu di muka. Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
| Add a comment |
Menaikkan Seri Wajah
Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit. Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Biarkan sehingga kering dan cuci dengan air bersih.
| Add a comment |
Menaikkan Seri Wajah
Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit. Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Biarkan sehingga kering dan cuci dengan air bersih.
| Add a comment |

