Displaying items by tag: payudara

Daun Sirih Menegangkan Payudara dan Membanyakkan Susu IbuPetua ini untuk memastikan payudara cantik membulat walaupun masih menyusukan anak.

Ambil beberapa helai daun sireh.
Layurkan atas api seperti melayur daun pisang.
Agak-agak dah panas (jangan sampai terbakar plak daun sireh tadi), tekapkan pada payudara. Buat seperti bentuk cup bra, tapi jangan menutup nipple. Buat pada kedua-dua belah payudara.
Lepas tu pakailah coli seperti biasa.
Pakai daun sireh nie dalam 2 - 3 jam gitu
Kalau rajin buat hari-hari (pupus daun sireh nanti)
kalau tak rajin selang sehari.

Kepanasan daun sireh ini mampu merangsang otot-otot sekitar payudara, memejal dan memontokkan apa-apa yang patut. Lagi best disamping memantapkan keampuhan payudara, petua nie juga boleh diamalkan bagi meransang dan membanyakkan susu badan insyaAllah.

Petua oleh Ruzaina76 di forum Ratuhati,  Breast Kendur, Kecut

Add a comment
Published in Petua Anggun

Deodoran, boleh menghilangkan (atau mengurangkan) bau badan tetapi bukan peluh, biasanya adalah berasaskan alkohol dan menukar keasidan kulit anda, membuatkan ia tidak sesuai untuk bakteria. Antipespirants menghalang duktus peluh anda dengan garam-garam aluminium, dengan itu peluh kurang keluar melalui kulit anda. Walaupun anda mungkin pernah mendengar kaitan antiperspirants dengan barah payudara, sebenarnya tiada bukti saintifik tentang ini.

Antiperspirants boleh menyebabkan iritasi - kulit kemerahan, bengkak, gatal. Deodoran, terutamanya berasaskan herba atau kristal, mungkin kurang kesan iritasinya bagi kebanyakan orang.

Sumber:Sweating and body odor, mayoclinic

Add a comment
Published in Petua Anggun
Thursday, 19 July 2007 10:18

Mengatasi Payudara Kendur

Untuk mengatasi payudara kendur, ambil 5 cm akar betik, sepelepah daun betik muda, segenggam daun pegaga dan secubit garam. Rebus bahan-bahan tadi bersama 3 cawan air. Didihkan sehingga menjadi 1/2 cawan air rebusan. Amalkan meminumnya setiap hari selama 7 hari. Ia juga mampu menambahkan air susu ibu.

Add a comment
Published in Petua Anggun
Thursday, 29 October 2009 00:49

Tentang Kanser Payudara

Sayangi Diri Kita

  • Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia. 1 dalam 19 wanita adalah berisiko; 100 kali ganda lebih berbanding dengan lelaki.
  • Wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.
  • Pengambilan lemak tepu, protin haiwan dan makanan kurang serabut akan meningkatkan kadar kanser payudara. Amalkan pemakanan sihat mengikut piramid makanan.
    Add a comment
Published in Kesihatan
Wednesday, 24 September 2008 00:51

Hormon Prolaktin untuk Penghasilan Susu Ibu

Hormon ProlaktinProlaktin adalah hormon yang dihasilkan oleh kalenjar pituitari yang membolehkan berlakunya penyusuan susu ibu. Pada akhir kehamilan, kalenjar ini akan menghasilkan lebih banyak prolaktin. Hormon penting ini menyebabkan berlaku beberapa perubahan terhadap badan anda:

  • Susu badan dihasilkan
  • Haid terhenti (amenorrhea)
  • Keinginan seksual (libido) berkurangan

Setelah penyusuan susu badan berhenti, tahap prolaktin akan menurun semula ke normal dan haid akan kembali seperti biasa.

Minda mengawal jumlah prolaktin yang dihasilkan menggunakan bahan kimia semulajadi yang dipanggil dopamine. Lebih banyak dopamine dihantar oleh kalenjar pituitari, maka semakin berkuranglah hormon prolaktin dihasilkan.

Prolaktin juga boleh meningkat sedikit sewaktu dalam keadaan tidur, tekanan, hubungan seks, senaman, rangsangan puting payudara dan ubat-ubatan tertentu.

Sumber: Prolactinoma, Neosurgery.ucla (UCLA Pituitary Tumor Program), Dr Adilah Ahmat, Risau Tidak Boleh Hamil Akibat Prolaktin, Harian Metro

Add a comment
Published in Penyusuan Susu Ibu
You are here