Bertukar Produk Penjagaan Diri/ Kulit/ Syampu
Soalan:
Ann, betul ke org kata, bertukar-tukar syampu akan membuatkan rambut cepat rosak atau beruban?
satu lagi, kalau dah serasi dgn pencuci muka tu, jangan tukar-tukar?
benarkah, atau mitos?
| Add a comment |
Kulit dan Penuaan
Kulit anda akan berusia, seperti juga anda. Sedikit demi sedikit akan timbul kedutan, tompok usia dan kekeringan. Kulit juga akan bertambah nipis dan kurang lemak, menjadikan ia kurang berisi dan licin.
| Add a comment |
Haluskan Kulit dari Luar dan Dalam dengan Tomato
Anda boleh menghaluskan kulit anda dengan menggunakan bahan di dapur sahaja. Murah, mudah dan semulajadi :-)
Ambil sebiji tomato. Potong dan ramas sehingga hampir hancur. Minum jusnya dan hampasnya letakkan di muka. Biarkan 10 ke 15 minit di muka sebelum membilasnya. Ia menghaluskan kulit anda dari luar dan jusnya menghaluskan kulit anda dari dalam. Sesuai untuk kulit normal dan berminyak.
Kredit kepada jbjlo_ras di forum Ratuhati.
| Add a comment |
Asid lemak perlu: untuk kulit cantik
Omega-3 dan omega-6 tergolong sebagai asid-asid lemak perlu. Ia penting sebagai pelindung minyak kulit yang semulajadi. Tanpa bekalan EFA yang cukup, kulit akan menjadi kering dan mudah menjadi radang. Omega-3 terdapat dalam ikan laut dalam ( seperti salmon, sardin dan kembung), biji kuaci (bunga matahari), labu, dan biji-bijian lain. Omega-6 pula boleh diperolehi daripada daging ayam-itik, bijirin, kekacang (seperti walnut dan gajus) dan banyak lagi makanan lain.
Sumber: sihatsokmo.com
| Add a comment |
Tompok Hitam Semasa Hamil
Tompok hitam di dahi, pipi dan leher semasa hamil juga dikenali sebagai Melasma atau Chloasma dan biasanya dialami oleh wanita hamil yang berkulit gelap. Ianya akan bertambah teruk sekiranya anda lama berjemur dan terdedah pada cahaya matahari atau sinaran ultraungu (UV). Penyelesaian: Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Pakai krim penghadang cahaya matahari dengan SPF 15 ke atas apabila berada di luar rumah. - mypositiveparenting.org
| Add a comment |

