Displaying items by tag: Rawatan

Tak perlu berbelanja mahal di spa untuk rawatan muka yang asas. Anda boleh lakukannya di rumah dengan bahan yang mudah di dapati di rumah. Hanya susu dan sedikit air. Campurkan 1/4 cawan susu tepung dengan air secukupnya untuk membuat adunan topeng muka yang pekat. Sapukan di keseluruhan muka (kecuali mata dan bibir). Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Kulit anda akan rasa segar dan bertenaga.
PCOS adalah ‘penyakit’ pada ovari di mana terdapatnya folikel-folikel (seperti sista-sista kecil) di sekeliling dinding ovari. Ini berpunca dari folikel-folikel yang tersangkut dan tidak hilang semasa kitaran haid setiap bulan. Terdapat juga gangguan hormon-hormon androgen (hormon lelaki) yang mengganggu pembesaran-pembesaran telur dari ovari. Pengambilan metformin dapat membantu gangguan hormon androgen ini dan boleh menyebabkan ovulasi (telur keluar) setiap bulan. PCOS tidak mempunyai rawatan yang khusus untuknya. Rawatan PCOS lebih fokus kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit seperti masalah haid dan kemandulan.
- Dr. Suhaimi Isa, Doktor Pakar Sakit Puan, Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur dalam utusan.com.my

Rawatan tangas seakan sauna atau mandi wap, tetapi ia mempunyai keistimewaan tersendiri kerana rawatan tradisional ini ditambah dengan penggunaan ramuan herba dan rempah ratus. Bergantung kepada cara dan tujuan tangas, penggunaan rempah atau herba adalah pelbagai. Antara yang biasa digunakan ialah daun pandan, halba, halia, jintan hitam, manjakani, asam jawa, bunga melur, bunga mawar dan lain-lain. Orang-orang lama percaya ia mampu membantu membuang toksin, menghilangkan bau badan, mengubati masalah haid, rahim jatuh, memberi tenaga, meningkatkan imun dan lain-lain khasiat lagi.

Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga cukup setahun mencuba sebelum mula menjalani pemeriksaan atau lebih awal sekiranya anda mempunyai simptom yang mungkin berkait dengan masalah kesuburan seperti gangguan kitaran haid, lelehan faraj berbau dan berulang serta sakit bahagian ari-ari. Suami juga digalakkan menjalani ujian air mani, terutama jika dia merokok. - Dr Adilah Ahmat, Belum Hamil Lepas Keluar IUD, Harian Metro
KANDUNGAN di luar rahim membawa risiko tinggi kepada nyawa ibu dengan kebarangkalian agak rendah kandungan mencapai tempoh penuh kandungan dengan selamat. Pengesanan awal sangat penting untuk menyelamat nyawa ibu dan juga menyelamatkan organ peranakan. Ikuti artikel daripada Utusan Malaysia ini.
Bolehkah koyakan pada faraj semasa bersalin dipulihkan?