Displaying items by tag: kelemumur
Monday, 21 July 2008 16:43
Limau Nipis Hilangkan Kelemumur
Kelemumur memang merimaskan. Gatal, jatuh pada baju dan boleh menyebabkan rasa rendah diri. Penyelesaiannya amat mudah, tidak perlu bahan kimia pada syampu yang kuat. Cukup sekadar membasuh rambut anda dengan perahan air limau. Anda juga boleh menggunakan sedikit cuka makan, dicampurkan dengan air dalam nisbah 1:1. Pastikan limau atau cuka ini sampai ke kulit kepala anda. Biarkan 10 minit seelok-eloknya. Sambil itu anda bolehlah menggosok gigi atau menyental daki di badan. Saya telah mencubanya, memang berkesan. | Add a comment |
Published in
Petua Anggun
Friday, 04 April 2008 03:08
Cuka Hilangkan Kelemumur
Kelemumur adalah lapisan kulit mati yang terkumpul pada kulit kepala. Petua untuk menghilangkannya adalah mudah. Campurkan 1/2 cawan air dan 1/2 cawan cuka putih. Sapu dan gosokkan terus ke kulit kepala sebelum bersyampu. Lakukan seminggu 2 kali.
| Add a comment |
Published in
Petua Anggun
Monday, 19 November 2007 02:28
Menghilangkan kelemumur
Gunakan limau purut atau limau nipis untuk merawat rambut berkelemumur. Caranya, ambil beberapa biji limau nipis atau limau purut, ambil jusnya. Lumurkan jus tersebut ke atas kulit kepala dan urut-urut perlahan-lahan. Untuk hasil lebih baik, perap rambut anda beberapa minit dengan tuala. Selepas itu bilas dengan air suam. Selain daripada menghilangkan kelemumur, petua ini juga dapat menghilangkan pening kepala.| Add a comment |
Published in
Petua Anggun

