Agar Sayuran Celur Kelihatan Segar
Seringkali selepas sayur dicelur, ia kelihatan lebam dan kurang menyelerakan. Untuk mengelakkan masalah ini ada beberapa petua yang boleh diamalkan.
Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.
Puan-puan juga boleh mencampurkan sedikit soda bikarbonat ke dalam air yang dididihkan itu sebelum memasukkan sayur.
Selamat mencuba
| Add a comment |
Petua Mengekalkan Kandungan Zat di dalam Makanan
Cara menyimpan, memasak dan menyediakan makanan perlulah betul supaya zat makanan dapat dikekalkan untuk keperluan tubuh badan kita.
Ketika menyediakan makanan:
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dibuang kulit atau dipotong.
- Elakkan membuang kulit atau memotong buah-buahan dan sayur-sayuran terlalu awal sebelum makan atau memasak.
- Elakkan daripada merendam sayur-sayuran atau buah-buahan yang telah dipotong di dalam air.
- Gunakan air yang sedikit dan jangan masak terlalu lama.
- Jika menggunakan air yang banyak untuk masakan yang berkuah, pastikan semua kuah dimakan bersama.
- Tutup periuk atau kuali ketika memasak makanan.
- Simpan makanan kering seperti biskut di dalam bekas yang kedap udara.
- Simpan makanan segar di dalam peti ais.
| Add a comment |
Anggur Tinggi Antioksida
Kajian menunjukkan setiap makanan yang kita makan perlulah diambil seiring dengan makanan antioksida untuk mengelak tekanan akibat makanan tidak hadam. Justeru, adalah baik untuk kesihatan sekiranya menu yang diambil seiring dengan buah atau sayur yang mengandungi agen antioksida yang tinggi. Agen antioksida seperti yang diketahui berupaya meneutralkan radikal bebas yang dirangsang daripada tekanan terhadap tubuh, sama ada secara semula jadi mahupun dari luar seperti merokok dan pencemaran udara. Antara buah yang mempunyai kadar antioksida yang tinggi ialah anggur.
| Add a comment |
10 Cara Untuk Meningkatkan Imun
| Add a comment |
Banyak Makan Sayur Jika Anda Menyusu
Kali pertama diperkenalkan buah pic, bayi yang menyusu badan makan buah pic lebih banyak daripada bayi yang tidak menyusu badan -- jika ibunya makan banyak buah pic semasa menyusu.
"Kita tahu rasa-rasa daripada makanan ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu badan" - Julie A. Mennella, PhD, biopsychologist di Monell Chemical Senses Center in Philadelphia.
Jadi jika anda mahu bayi anda suka sayur, anda yang menyusu, banyakkan makan sayur.
| Add a comment |
Buah dan Sayur Perlu Dielakkan Dalam Amalan Pantang Melayu
Tumbuhan ulam atau sayuran yang tidak sesuai dimakan oleh ibu-ibu yang berpantang seperti pucuk ubi kayu, kekacang, pucuk paku, kubis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu, dan air kacang soya. Makanan ini adalah bersifat sejuk dan tidak sesuai untuk para ibu. Terdapat juga makanan yang bersifat tajam dan berbisa seperti rebung, tebu, air kelapa, cuka, dan nanas. - TUMBUHAN DI DALAM AMALAN BERPANTANG MASYARAKAT MELAYU BAGI IBU YANG BARU BERSALIN, NOR ASIAH BT AMRAN| Add a comment |
Anak Bijak, dari Kandungan Lagi
Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam, daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makanan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon. - Merancang anak sihat, pintar dan berakhlak mulia, Hamid Arshat.com| Add a comment |

