Petua Anggun (35)
Banyak kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan minyak evening primrose (EPO) yang berkualiti mengandungi asid gama linolenik asid (GLA) yang tinggi mampu memperbaiki kelembapan, sekali gus meningkatkan seri kulit. Pengambilan minyak evening primrose yang mengandungi GLA yang tinggi secara berterusan menguatkan fungsi kulit, meningkatkan keanjalan dan melicinkan kulit. - Melembap, cantikkan kulit dengan EPO, Mingguan Malaysia
| Add a comment |
Kelemumur adalah lapisan kulit mati yang terkumpul pada kulit kepala. Petua untuk menghilangkannya adalah mudah. Campurkan 1/2 cawan air dan 1/2 cawan cuka putih. Sapu dan gosokkan terus ke kulit kepala sebelum bersyampu. Lakukan seminggu 2 kali.
| Add a comment |
Untuk mengurangkan kedutan di muka, ambil putih telur. Pukul hingga putih. Sapukan di muka dan biarkan ia kering. Bersihkan dengan air sejuk dan lap muka anda dengan kain bersih.| Add a comment |
Yogurt yang dilumurkan di kulit kepala membantu mengeluarkan haba panas yang terperangkap di kulit kepala, menyejukkan dan membina semula nilai pH yang seimbang bagi kulit. Ini dapat mengelakkan keguguran rambut kerana kepanasan kepala yang berlebihan akan menyebabkan akar rambut tidak kuat dan mudah gugur. - Yogurt elak rambut gugur, MERAN ABU BAKAR, utusan.com.my| Add a comment |
Probiotik, bakteria baik yang terdapat dalam hampir semua yogurt membantu penghadaman, penyerapan vitamin, kesihatan sendi dan sistem imun... 3 hidangan sehari dapat meningkatkan metabolisma bdan dan membantu anda untuk lebih langsing dan mengempiskan perut! cubalah...
| Add a comment |
Gunakan limau purut atau limau nipis untuk merawat rambut berkelemumur. Caranya, ambil beberapa biji limau nipis atau limau purut, ambil jusnya. Lumurkan jus tersebut ke atas kulit kepala dan urut-urut perlahan-lahan. Untuk hasil lebih baik, perap rambut anda beberapa minit dengan tuala. Selepas itu bilas dengan air suam. Selain daripada menghilangkan kelemumur, petua ini juga dapat menghilangkan pening kepala.| Add a comment |
Kangkung bukan sekadar makanan tetapi turut berkesan merawat rambut kasar dan kusut melalui lendirnya. Ambil secekak kangkung muda, bersihkan dan masukkan ke dalam mangkuk bersama enam camca air suam. Kemudian ramas sehingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir tersebut ke rambut dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari, 2 minggu berturut-turut.| Add a comment |
Untuk menaikkan seri wajah, wapkan muka dengan air rebusan teh selama 5 – 15 minit. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu. Ia bukan sahaja dapat memerahkan muka, malah dapat mengurangkan masalah jerawat dan melicinkan muka. Anda juga boleh mewapkan muka pada air panas atau nasi yang sedang dimasak.| Add a comment |
Supaya muka sentiasa bercahaya, sapukan air kelapa yang telah disimpan semalaman ke muka beberapa kali. Biarkan selama satu jam sebelum dibasuh dengan air.
| Add a comment |
Untuk mengatasi payudara kendur, ambil 5 cm akar betik, sepelepah daun betik muda, segenggam daun pegaga dan secubit garam. Rebus bahan-bahan tadi bersama 3 cawan air. Didihkan sehingga menjadi 1/2 cawan air rebusan. Amalkan meminumnya setiap hari selama 7 hari. Ia juga mampu menambahkan air susu ibu.
| Add a comment |

