Petua Kesihatan
Petua Kesihatan

Petua Kesihatan (34)

Thursday, 04 March 2010 00:47

Fobia

Written by Ratuhati.com

"Selain daripada fobia hospital (Nosocomephobia), saya juga fobia dengan ular. Nama phobia jenis ni dipanggil Ophidiophobia. Kalau tengok ular, walaupun dalam buku, gambar, apatah lagi depan mata, saya akan rasa ular tu macam duduk dalam badan saya, geli sampai dalam perut... kemudian saya jadi tak tentu arah, habis segenap ruang saya periksa kalau-kalau ada ular di mana-mana. Kadang-kadang nak guna tandas pun saya takut, takut ular ada dalam mangkuk tandas, kadang-kadang guna mesin basuh juga, sebab saya pernah baca ada orang nak basuh baju, buka mesin basuh tiba-tiba ada ular... uwaaa..." [1]

Add a comment
Wednesday, 10 February 2010 01:13

Minuman Berkarbonat Menambahkan Risiko Kanser Pankreas

Written by Ratuhati.com

Kajian di Singapura mengatakan, mereka yang minum dua atau lebih gelas minuman berkarbonat seminggu berisiko menghidapi kanser pankreas sebanyak dua kali ganda berbanding mereka yang tidak minum minuman tersebut.
"Kandungan gula yang tinggi di dalam minuman soda mungkin menambahkan tahap insulin dalam badan, yang menyumbang kepada pertumbuhan sel kanser pankreas" kata Mark Pereira, Ph.D.

- Soft Drink Consumption May Markedly Increase Risk of Pancreatic Cancer, Sciencedaily, 9 Februari 2010.

Add a comment
Saturday, 25 October 2008 08:05

Petua Menjaga Mata Supaya Tak Mudah Rosak

Written by Penulis
Untuk menjaga mata anda supaya terang cuba amalkan petua ini ketika hendak mandi pagi menggunakan air pancur. Tatkala air dari ubun-ubun jatuh ke kelopak mata, biarkan air tersebut memasuki mata dan berselawatlah. InshaAllah mata tak mudah rosak.

Petua dari: Mohd Zamrie Md Ariff dalam Sahabat Interaktif (sim)
Add a comment
Tuesday, 21 October 2008 08:49

Khasiat Teratai dalam Perubatan

Written by Penulis

Teratai bukan sahaja cantik di mata, tetapi mempunyai pelbagai khasiat, antaranya merawat insomnia atau tidak dapat tidur malam, mengurangkan tekanan, merawat demam dan juga cirit-birit.

Untuk mengatasi insomnia - Gunakan lima hingga 12 gram biji teratai direndam hingga lembut. Kemudian rebus secukupnya. Minum air bersama biji teratai.

Untuk mengurangkan stress - Gunakan 20 butir biji teratai dan 15 gram longan. Direbus dan diminum.

Untuk merawat demam - Ambil 30 gram ubi teratai, 15 gram tebu yang dibuang kulit, sebiji buah pir. Bahan ini dikisar dan diminum.

Untuk merawat cirit-birit - Ambil 50 gram ubi teratai, 10 gram halia. Tambahkan air dan kisarkan. Didihkan jus ini dan tambah sedikit madu.

Sumber petua - Kosmo

Add a comment
Thursday, 16 October 2008 10:21

Mengelakkan Tabiat Menggigit Kuku

Written by Penulis

Ada sesetengah kanak-kanak mempunyai tabiat menggigit kuku. Ada beberapa cara untuk mengelak kanak-kanak daripada melakukan tabiat ini. Cara pertama adalah melakukan perubahan kepada sikap itu sendiri iaitu menggantikan tabiat itu dengan aktiviti yang lebih berfaedah serta menarik seperti melukis, menulis dan mewarna.

Cara kedua ialah mengadakan penghalang fizikal seperti memastikan kuku sentiasa dipotong pendek, gunakan sarung tangan untuk menghalang daripada menggigit kuku atau letakkan pengilat kuku berperasa pahit di kuku. Pakar psikologi kanak-kanak boleh membantu dalam perawatan ini.

- Dr Norrashidah Abd Wahab, PAKAR KANAK KANAK, Harian Metro

Add a comment
Thursday, 25 September 2008 15:59

Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur

Written by Penulis

Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur anda kerana ia boleh bertahan selama 8 jam berbanding makanan cepat hadam yang bertahan cuma 3 ke 4 jam sahaja. Antara makanan lambat hadam ialah beras perang, barli, gandum penuh, oat, semolina, kekacang (seperti dal, kacang hijau), roti gandum penuh, capati, roti nan. Makanan ini juga dipanggil karbohidrat kompleks.

Manakala makanan yang cepat hadam antaranya makanan yang mengandungi gula atau tepung gandum biasa (warna putih).

tips dari: doctor2008.wordpress.com

Add a comment
Saturday, 13 September 2008 02:23

Rempah Ratus yang Melegakan Selsema

Written by Penulis

Selsema membuatkan anda tidak selesa untuk bernafas dan berkomunikasi. Cuba petua tradisional ini untuk mengurangkannya. Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) ke dalam 1 liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

Sumber - petua cucu cicit , Perpustakaan Negara Malaysia

Add a comment
Saturday, 23 August 2008 00:00

Rawatan Tangas dan Kelebihannya

Written by Penulis
Rawatan tangas seakan sauna atau mandi wap, tetapi ia mempunyai keistimewaan tersendiri kerana rawatan tradisional ini ditambah dengan penggunaan ramuan herba dan rempah ratus. Bergantung kepada cara dan tujuan tangas, penggunaan rempah atau herba adalah pelbagai. Antara yang biasa digunakan ialah daun pandan, halba, halia, jintan hitam, manjakani, asam jawa, bunga melur, bunga mawar dan lain-lain. Orang-orang lama percaya ia mampu membantu membuang toksin, menghilangkan bau badan, mengubati masalah haid, rahim jatuh, memberi tenaga, meningkatkan imun dan lain-lain khasiat lagi.
Add a comment
Thursday, 17 July 2008 08:37

Makanan Segera

Written by Penulis

Makanan segera semakin menjadi kegemaran masyarakat moden kerana ia cepat, murah dan mudah didapati; berbeza dengan masakan di rumah. Walaupun kini ia seakan sudah menjadi gaya hidup, makanan segera biasanya tinggi kandungan kalori, lemak, lemak tepu, gula, dan garam dan mungkin menimbulkan masalah obesiti.

Add a comment
Tuesday, 08 July 2008 00:00

Warna dan Rawatan Holistik

Written by Penulis
Warna mempunyai peranan dalam menyembuh, memberi tenaga dan menyeimbangkan semula tenaga dalaman.

Bukan hanya manusia tapi setiap elemen kimia dan benda hidup di dunia ini mempunyai spektrum warnanya sendiri bermula dengan putih mewakili sistem imun di kepala, ungu untuk sistem saraf, biru (kelenjar), hijau (pernafasan), kuning (penghadaman), oren (hormon, pembiakan dan limpa) dan merah (perkumuhan dan tulang).

“Warna adalah bio energi yang mempunyai getaran dan frekuensi tertentu. Warna harian dapat mempengaruhi fikiran menjadi lebih murni dan menukar kehidupan supaya lebih aktif,” - Prof Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab, Terapi warna pulihkan sistem tubuh Oleh Siti Nur Almizan Aripin, Berita Harian
Add a comment
Page 1 of 4
You are here