Saturday, 23 August 2008 00:00

Rawatan Tangas dan Kelebihannya

Written by  Penulis
Rate this item
(0 votes)
Rawatan tangas seakan sauna atau mandi wap, tetapi ia mempunyai keistimewaan tersendiri kerana rawatan tradisional ini ditambah dengan penggunaan ramuan herba dan rempah ratus. Bergantung kepada cara dan tujuan tangas, penggunaan rempah atau herba adalah pelbagai. Antara yang biasa digunakan ialah daun pandan, halba, halia, jintan hitam, manjakani, asam jawa, bunga melur, bunga mawar dan lain-lain. Orang-orang lama percaya ia mampu membantu membuang toksin, menghilangkan bau badan, mengubati masalah haid, rahim jatuh, memberi tenaga, meningkatkan imun dan lain-lain khasiat lagi.
Last modified on Saturday, 23 August 2008 14:27
Login to post comments
You are here